|
Pelakon filem Tamil, Naga Shourya jatuh pengsan semasa menjalani penggambaran filem akibat dehidrasi melampau. Memetik laporan Indiatimes, aktor berusia 33 tahun itu turut mengalami demam virus sehingga dikejarkan ke Institut Gastroenteologi Asia (AIG), India.
Difahamkan, Shourya mengamalkan diet ketat selama tiga hari tanpa mengambil sebarang cecair. Aktor ini sedang dalam usaha untuk membina otot bagi menjayakan filem berjudul NS24. Shourya mengamalkan diet ketat selama tiga hari. Dalam pada itu, Shourya dipaksa tenaga produksi untuk tidak minum air selama beberapa hari supaya dapat menghasilkan six pack.
Bagaimanapun selepas dikejarkan ke hospital, Shourya kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang berehat. "Suhunya meningkat dan dia pengsan akibat dehidrasi, tetapi kini semuanya semakin baik. "Dia kini sedang berehat dan sedang bersiap sedia untuk masuk semula ke set penggambaran tidak lama lagi," katanya. Shourya sebelum ini pernah membintangi beberapa buah filem termasuk Krisha Vrinda Vihari, Varudu Kaavalenu dan Lakshya. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.041729 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.