Perkahwinan bukanlah sekadar penyatuan dua jiwa, sebaliknya ia menghubungkan silaturrahim dua keluarga. Sejurus melangkah ke fasa itu, pasangan pengantin pastinya akan pastinya berdepan pelbagai cabaran untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mentua.
Terbaharu, seorang wanita berkongsi luahan hatinya yang kurang senang dengan sikap keluarga mentua kerana sering mencabar kesabarannya. Menurut pengadu, dia berang apabila keluarga mentua terlalu kerap datang secara mengejut, malah mereka juga gemar bermalam di kediamannya.
"Sekadar nak kongsi mengenai keluarga mentua yang suka datang rumah tiba-tiba. Bayangkan tengah ada urusan kat luar, tiba-tiba dapat panggilan mentua dah sampai depan rumah. "Anda rasa? 'Angin' tak orang datang rumah kita tiba-tiba tak maklumkan awal? Datang ramai pula tu, lepas tu bermalam sekali. Janganlah macam tu. Tak baik," ujarnya. Menurut pengadu, dia turut meluahkan isi hatinya kepada suami, namun seolah-olah dipersalahkan dan dianggap tidak menyukai keluarga mentua. "Saya dah cakap benda ni dekat suami tapi dia sendiri tak boleh nasihat mak ayah dia. Saya jadi tiada mood apabila selalu kena macam ni. "Lepas tu suami saya boleh cakap... awak tak suka keluarga saya ke? Ke situ pula pusingnya. Jangan sampai saya tak balik rumah baru dia tahu," ujar wanita itu lagi. Dia berkongsi isi hatinya menerusi kiriman luahan kepada laman Twitter @ConfessTweetMY yang dimuat naik pada Rabu pagi. Tweet itu sehingga kini meraih lebih 1,300 ulang kicau dan turut dihujani pelbagai komen netizen. Selain netizen yang berkongsi pengalaman serupa, mereka turut menasihati pengadu supaya menyelesaikan masalah itu dengan berhemah supaya tidak berlaku perbalahan dengan suami. "Kita bukannya marah mereka nak datang. Kita mesti nak dalam keadaan yang terbaik untuk terima tetamu. Lagi-lagi mentua. Tak apa, awak pesan je dekat mentua setiap kali mereka datang. Saya selalu pesan dalam nada gembira, jadi tak adalah mereka terasa. "Pernah berada dalam situasi ni. Senang je, cakap maaf tak ada kat rumah. Lepas tu teruskan aktiviti kita di luar sana. Pandai-pandai la mereka hidup, siapa suruh tak cakap nak datang rumah. "Aku kalau yang suka datang tak dijemput ni, makan memang aku takkan sediakan la. Suami sila sediakan duit bawa keluar makan. Tak menyempat kita balik kerja penat nak makan berhidang dekat rumah. "Faham sangat. Lepas tu yang kena sediakan tempat tidur, masak, kemas dapur, semua kita. Yang lakinya duduk bersembang je," tulis beberapa netizen. Namun, beberapa netizen berkata mereka tidak kisah sekiranya ada ahli keluarga datang tanpa diundang, apatah lagi jika ia melibatkan kedua orang tua tercinta. "Nak buat macam mana? Dah lanjut usia. Kerenah kembali kepada kanak-kanak. Layan je sementara masih ada. Esok lusa, kamu berdua pula merasa macam tu di usia senja. "Kalau mak ayah atau mak ayah mentua nak datang rumah. Mereka dipersilakan bila-bila masa tanpa kira masa atau ketika. Dimaklumkan atau tidak, tiada masalah," ujar beberapa pelayar Twitter. -CARI Sumber: mStar Online
|
esbok replied at 17-11-2022 02:36 PM
Recap sikit zaman dulu..
Zaman dulu org datang rumah tu memang dalam jangkaan. Budaya ziarah ni buk ...
tagas replied at 17-11-2022 03:26 PM
Kann
Zaman mak2 nenek2
kucingitam replied at 18-11-2022 12:01 PM
satu lagi yang jenis bagitau nak datang tapi tak bagitau kol berapa, bagitau lepas zohor, lepas asar ...
airmineral replied at 17-11-2022 01:47 PM
pokok pangkalnya, dimana adab bertamu?
tagas replied at 17-11-2022 03:26 PM
Kann
Zaman mak2 nenek2
ADVERTISEMENT