Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo sedia mengahwini teman wanitanya, Georgina Rodriguez tetapi mengakui bukan dalam masa terdekat.
Penyerang Manchester United berusia 37 tahun itu bertemu pasangannya yang juga model dari Argentina berusia 28 tahun di Sepanyol ketika beraksi bersama Real Madrid. Kedua-duanya menjalinkan hubungan sebelum Ronaldo berpindah ke Juventus dengan harga £99 juta (RM535 juta) pada musim panas 2018. Selepas tiga tahun di Itali, pasangan itu dan keluarga mereka berpindah ke Cheshire apabila Ronaldo kembali ke Old Trafford selepas 12 tahun meninggalkan United. Kapten Portugal itu percaya dia dan Georgina wajar berkahwin selepas gembira hidup bersama beberapa tahun tetapi menegaskan ia masih belum dalam perancangannya dalam masa terdekat. "Saya tidak memikirkannya buat masa sekarang tetapi pada masa depan ya. Saya rasa ia wajar, begitu juga Georgina. Saya mahukannya," kata Ronaldo kepada Piers Morgan dalam temuramah TalkTV. Anak Ronaldo bersama Georgina, Alana Martina lahir pada November 2017 dan dia sudah memiliki tiga anak ketika itu, Cristiano Junior, Mateo dan Eva Maria. Pasangan itu mengumumkan mereka bakal mendapat cahaya mata kembar pada lewat 2021 tetapi bayi lelaki, Angel meninggal dunia ketika dilahirkan. -CARI
|
salimrock replied at 17-11-2022 12:02 PM
mujo kat spain/ portugal kt malaysia anak takde sijil beranak do
TOPwind replied at 17-11-2022 04:07 AM
Georgina ni lawa, jika tau mau- aku sedia ambik
ayukpingu replied at 17-11-2022 02:11 PM
dia tanak dengan kau...kau kaki bangku.
mohon tackle acik friska
Samerosie replied at 17-11-2022 06:14 AM
Nak ketawa, takut berdosa pulak.
ADVERTISEMENT