Lufya Omar tak cemburu langsung bekas suami nak kahwin dengan Julia Farhana. "Sudah lama saya tahu fasal percintaan mereka. Tiada siapa yang cemburu.
"Sebenarnya saya kasihan dengan 'budak' itu. Dia masih muda. Saya rasa mungkin dia terlalu buta dalam percintaan dan tak boleh berfikir," katanya kepada mStar Online. Lufya juga kesian dengan Julia dan merasakan aktres itu belum sedia untuk merasai fasa sebagai seorang isteri dan ibu. Malah dia juga tidak yakin Julia dapat menjadi seorang ibu tiri yang baik kepada anaknya, Laana Haura yang kini sudah berusia lima tahun.
"Untuk dia jadi mak tiri Haura, rasanya tak mungkin. Kita ni tak tahu la, risau salah cakap."
|
ADVERTISEMENT