CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Didik Istiqamah Dengan Pas Dari Kecil, Ibu Tidak Restu Nik Omar Bertanding Wakil PH

17-11-2022 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 328| Komen: 1

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bertanding atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak mendapat restu daripada ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak.


Tuan Sabariah dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Parti Islam Se-Malaysia (Pas) malam tadi menegaskan, beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket Pas.

“Almarhum Tuan Guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan saya telah mendidik anak-anak kami sejak daripada kecil lagi agar kekal istiqamah dengan perjuangan Islam bersama Pas,” katanya.


Foto: Kosmo


Pada PRU15, Nik Omar akan bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Pasir Salak bersama Zairol Hizam Zakaria yang mewakili Gabungan Tanah Air, Jamaludin Yahya (Perikatan Nasional) dan Khairul Azwan Harun (Barisan Nasional).

Nik Omar pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu bertanding atas tiket PH di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kerusi Chempaka di sini.

Bagaimanapun, calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood menang dengan majoriti 3,474 menewaskan Nik Omar dan calon Barisan Nasional, Mohamad Fareez Noor Amran. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Minami2013 17-11-2022 11:11 AM
Cantik dan tenang muka emaknya. Nik omar ikut muka emak dia lah kot. Nik abduh sebijik muka arwah tgna.

Kesian nik omar, tk dpt restu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.088670 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top