CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Nak Cerai Dengan Suami Patung Kain Sebab Curang Masuk Motel Dengan Wanita Lain

17-11-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4682| Komen: 92

Setiap individu mempunyai 'selera' yang berbeza-beza dalam mencari pasangan hidup.

Meirivona Rocha Moraes, 39, dari Brazil dianggap pelik apabila dia berkahwin dengan patung lelaki yang diperbuat daripada kain.


Terbaharu, dia berkata patung dikenali sebagai Marcelo itu berlaku curang apabila dilihat berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah motel semasa dia berada di hospital.


Foto: Mirror

Biarpun usia perkahwinan belum cukup setahun, Meirivone berkata dia mahu bercerai dengan 'suaminya' itu.

"Kawan saya beritahu bahawa dia ternampak Marcelo masuk ke dalam motel bersama wanita lain semasa saya berada di hospital.

"Saya perlu berbincang dengan dia supaya tidak lagi curang dan jika dia mengulangi kesilapan tersebut, saya tidak akan maafkannya," katanya.

Marcelo sebelum ini dikatakan sangat setia dan seorang suami yang hebat kerana pasangan ini tidak pernah bergaduh.'

Meirivona berkata dia tetap memaafkan suaminya yang sebelum ini didakwa curang dengan seorang wanita.


Foto: Mirror
Namun, dalam perbincangan antara mereka, Marcelo dikatakan tidak menjawab pertanyaan Meirivone tentang identiti wanita yang dilihat bersamanya.

Meirivona tetap memaafkan suaminya walaupun berasa kecewa terhadap perlakuan curang itu.

"Saya memaafkan suami, keluarga yang bahagia akan sentiasa bersama.

"Ini kali pertama kami tidur berasingan sejak berkahwin, saya sangat sedih tapi pasti akan memaafkannya nanti," katanya.

Meirivona jatuh cinta dengan patung kain yang dibuat oleh ibunya dan telah melangsungkan perkahwinan pada 18 Disember tahun lalu.

Mereka juga mempunyai seorang ‘anak lelaki’ yang dinamakan Marcelinho, juga diperbuat daripada kain. - CARI

Sumber: mStar/Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 17-11-2022 10:39 AM
lain macam gila dia ni
Quote noor2 17-11-2022 10:42 AM
Haha...aku gelak mcm org gila dah.....
Quote sangbara2020 17-11-2022 10:52 AM
mcmana boleh viral perlakuan gila mcm ni
yg dok melayan ambik gambau pun sama gila
Quote edayildiz 17-11-2022 11:00 AM
tiga kali ulang bc sbb nk hadam gila dia..
lain mcm sister..part dia curang tu..mcmana dia pergi motel?
untong la ada laki
Quote green~tea 17-11-2022 11:03 AM
Curang cemane?? Kote pun takde???
Quote ais_kosong 17-11-2022 11:05 AM
Macam mana laki dia boleh gi motel
Quote SedihPedih 17-11-2022 11:06 AM
apesal la bagi peluang kedua kalau dh ropa huduh sebegitu kak? Patut humban aja dlm tong sampah. Tempah hubby baru yg lebih hensem.
Quote Atata 17-11-2022 11:07 AM
saviour_09 replied at 17-11-2022 10:39 AM
lain macam gila dia ni

Aahahahahahhahahaha adoi!!
Quote epullipan 17-11-2022 11:07 AM
sapa yang angkut laki dia gi motel
Quote venom1 17-11-2022 11:08 AM
masalah psikologi ni..
Quote elzy 17-11-2022 11:10 AM
Hahahaha hanya mampu gelak sebab gila pun boleh kawen. Lebih gila bila ada tetamu meraikan majlis perkahwinan orang gila.. dunia.. dunia
Quote Cyempaka 17-11-2022 11:14 AM
Dia gila sorang kita tak heran.. Yg pelik org sekeliling pun layan.. P interviu, ambik gambar.. Siap ada g kenduri kawin tu
Ape sekampung gila ke bagaimana..
Quote darkness 17-11-2022 11:18 AM
Belom cukup gila lagi ni
Quote pasa 17-11-2022 11:21 AM
ummah kokesen kalau dah mengetum pak arob pun kalah.
Quote rospinki 17-11-2022 11:24 AM
elokla jadi cakna minda netizent yg sama gila..pot calling kettle black kekdahnya
Quote Dwdrum 17-11-2022 11:35 AM
Peelu makan ubat
Quote sharlenetexas 17-11-2022 11:35 AM
Lepas cerai kawin dengan patung seks muka hensem pulak.


Quote green~tea 17-11-2022 11:42 AM
sharlenetexas replied at 17-11-2022 11:35 AM
Lepas cerai kawin dengan patung seks muka hensem pulak.

Alang2 bercerai, upgrade terus la kann.. buang yang keruh... ambil yang jernih
Quote Knowlee 17-11-2022 12:09 PM
Ni delusional tahap apa ni...

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073135 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top