CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Risau, Risiko Jangkitan Covid-19 Agak Rendah Pada Hari Mengundi

17-11-2022 12:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1085| Komen: 16

Orang ramai tidak perlu bimbang dengan risiko jangkitan Covid-19 pada hari mengundi yang dijadualkan pada Sabtu ini kerana proses pengundian dibuat di kawasan terbuka.


Apa yang penting, orang ramai perlu menjaga SOP dengan memastikan memakai mask atau topeng muka, jaga penjarakkan sosial dan jangan berkumpul beramai-ramai di satu tempat.


Sinar Harian/Suara Merdeka

Anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Penyelidik Utama UMVOICE, Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata, mereka yang masih belum mendapatkan vaksin sebaiknya dapatkan suntikan pertama dan kedua secepat mungkin.

Risiko jangkitan Covid-19 kata beliau, agak rendah kerana apabila beratur, pengundi akan berada di tempat terbuka dan dalam jarak yang ditentukan.


“Jumlah mereka yang masuk untuk mengundi pun tidak ramai pada satu masa manakala pegawai pun duduk agak jauh antara satu sama lain.

“Cuma berhati-hati ketika berkempen atau berceramah kerana ramai yang tidak menjaga jarak sosial dan meningkatkan risiko jangkitan.

“Sekiranya tidak sihat, jauhkan daripada bersama orang lain atau berkumpul dengan orang sekeliling,” katanya pada sesi siaran langsung Bernama TV, ‘Malaysia Petang Ini’ bertajuk PRU15: Mengundi dengan Selamat di sini hari ini.

Dr Adeeba yang juga Ahli Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, mengundi adalah satu tanggungjawab semua rakyat dan kerajaan sudah melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan keselamatan mereka.

Jadi, katanya, individu yang termasuk dalam kategori golongan rentan seperti warga emas berusia lebih 65 tahun ke atas, ibu hamil, mereka yang obes, perlu mendapatkan booster dan mengamalkan SOP semasa hari mengundi.

Ini kerana golongan ini lebih berisiko dijangkiti Covid-19 dan menunjukkan bilangan paling ramai maut akibat virus itu ketika wabak berkenaan menular dua tahun lalu.

“Bagi mereka yang berisiko, dapatkan vaksin pertama dan kedua. Penghidap penyakit kronik seperti kencing manis, kanser dan menerima ubat penindasan imun (immune suppression) perlu lebih berhati-hati semasa keluar mengundi bagi mengelak jangkitan,” katanya. 


Sumber: Suara Merdeka





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-11-2022 02:49 AM
Bila time mengundi semua ok
Quote zak@5128 17-11-2022 06:28 AM
X boleh percaya sangat ni. Nnt lepas mengundi bimbang plak makin teruk. China yang polisi 0 covid pom x settle2 lagi.
Quote Belibis 17-11-2022 06:57 AM
B
A
B
I...sekian.
Quote cucutokwan89 17-11-2022 07:29 AM
Edited by cucutokwan89 at 17-11-2022 07:35 AM

Alahai umat jelata yg bimbang tu...patuh ja SOP, keluarkan balik mask yg boleh charge rege ribu-riban duk tersimpan dlm lemari tu.

Time raya berjimba bagai nak rak, takda plk nak gelabah. Belum lg perihal bawa anak kecik dikau bawa masuk pasar malam tanpa mask.
Quote bulalof 17-11-2022 07:41 AM
wow. suddenly covid-19 bukan lagi ancaman wpun kes semakin bertambah.
Quote AbukRokok 17-11-2022 07:51 AM
siapa yg bimbang? drama sgt smata mata utk retorik politik je
sdgsemua org tau covid xbahaya sgt pun
Quote Firenzza 17-11-2022 07:52 AM
Time pilihanraya semua jd ok, time hari raya blh masuk penjara
Quote Highflyer19 17-11-2022 08:01 AM
Selamat mengundi...
Quote pu3_rania 17-11-2022 08:19 AM
bulalof replied at 17-11-2022 07:41 AM
wow. suddenly covid-19 bukan lagi ancaman wpun kes semakin bertambah.

Itu lar pasal
Ini lah akibatnya ikut arahan politaik2 bangsat sampai sanggup nak 'MENIPU' sehingga boleh menggadai rakyat demi semata-mata kepentingan keparat politaik2
Quote pu3_rania 17-11-2022 08:21 AM
Firenzza replied at 17-11-2022 07:52 AM
Time pilihanraya semua jd ok, time hari raya blh masuk penjara

Kat office aku ni, saban hari ada aje staff yang affected Covid yang mana bilangan semakin meningkat
HOD dah pening kepala bila ramai engineers yang affected so akan mengganggu perjalanan project
Quote Kitty_catz 17-11-2022 08:23 AM
logic gomen kita..

cobit positive  , mc seminggu, kesana kesini cari rezeki tabulehhhh

tapi ngundi boleh pulak?


kut mcm ni tapayah bosses nak extend MC 5-7 hari dah ngundi pun boleh.. masuk ofc mcm biasa la..


tak gitu?
Quote nellyberry 17-11-2022 08:44 AM
Jap nak tahu, utk yg positif covid tu kalau dtg mengundi akan ada lane lain ke utk diaorg?
Iols concern pasal nak celup jari dlm dakwat tu je.
Quote Cassieopeia 17-11-2022 09:53 AM
19 ni virus covid cuti gamaknye huhu
Quote elzy 17-11-2022 10:02 AM
Hahaha lawak apakah ini.. Covid pun pandai pilih tempat..
Quote lightheaded67 17-11-2022 10:14 AM
yak yak yeh jgn risau warga pluto, kobid virus terpelajar
Quote boo06 27-11-2024 01:52 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.055692 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top