CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhyiddin Ditempelak Anwar - 'Semua Sikit-sikit Sumpah'

17-11-2022 12:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1817| Komen: 7

Harta milik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin masih perlu disiasat walaupun bekas Perdana Menteri kelapan itu telah bersumpah tidak mengambil duit kerajaan.


Tegas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu penyalahgunaan wang kerajaan ketika pandemik Covid-19 tidak selesai hanya kerana Muhyiddin bersumpah dengan nama Allah.


FB Anwar

“Hari ini dia kata dia sumpah tidak ambil duit kerajaan.

“Eh! Muhyiddin ini soal negara, tata kelola dan pentadbiran, sumpah tidak makan (tidak berguna), kena siasat berapa harta kamu ada 

“Ini senang, semua sikit-sikit sumpah. Mana boleh,” katanya ketika berucap di Program Ramah Mesra bersama pengundi di Subang Perdana.


Turut hadir, penyandang Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa dan calon kerusi tersebut pada pilihan raya kali ini, R Ramanan.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Muhyiddin perlu disiasat kerana telah membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

Kemudian Muhyiddin hari ini, bersumpah dengan nama Allah bahawa tidak tidak ada satu sen duit kerajaan disalahgunakan semasa pentadbirannya.

Ujarnya, sewaktu menjadi Perdana Menteri di tengah-tengah kancah pandemik, segala perbelanjaan wang kerajaan dibuat mengikut garis peratusan kewangan sedia ada.

Sementara itu, Anwar sekali lagi menempelak Muhyiddin kerana menyifatkannya sebagai Perdana Menteri tepi.

Presiden PKR itu berkata, Muhyiddin sebenarnya tahu kemampuan beliau jika dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Dia (Muhyiddin) hina saya. Muhyiddin, dengar  Anwar jawab. Kamu kata aku PM tepi kamu tahu aku boleh jadi PM kalau aku khianat amanah seperti kamu dengan Bersatu tinggalkan PH.

“Kamu tahu aku boleh jadi PM kalau aku tulis surat jaminan kepada Datuk Seri Najib Razak, tetapi aku berbeza dengan kamu.

“Aku tidak sanggup jadi PM dengan mengkhianati perjuangan. Lebih baik jadi PM tepi daripada PM yang sakau duit rakyat,” tambah beliau. 


Sumber: MalaysiaGazette





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zak@5128 17-11-2022 06:30 AM
Dah dekat bulan 12 ni. Sekarang pom selalu hujan.
Quote kitmal 17-11-2022 06:50 AM
selalu sumpah jadi sesumpah
Quote KamikuP 17-11-2022 12:23 PM
PM tepi merangkap PM al juburi
Quote Nurdianah 17-11-2022 12:27 PM

Quote mdhelmi 17-11-2022 03:03 PM
semua orang salah
dia sorang je betul
Quote stingergrumpy 17-11-2022 08:10 PM
Edited by stingergrumpy at 17-11-2022 08:12 PM

580billion hengget budget during cobid unaccounted for atau macam mana ni abahcow?
Quote boo06 27-11-2024 01:53 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.195079 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top