Pendakwah selebriti Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sah bertunang dengan pengacara stesen televisyen Al Hijrah iaitu Hana Ismail.
Berita itu dikongsikan oleh pelakon, Datin Seri Umie Aida menerusi akaun Instagramnya. “Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagian sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka. “Jaga amanah ini sebaiknya (Da’i Syed, Hana). Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat Allah SWT,” katanya pada hantaran tersebut berserta video.
Umie turut meletakkan ‘hashtag’ #majlismerisikdanbertunang pada hantaran itu. Sebelum ini media melaporkan, Da’i Syed mengakui dia sedang mengenali hati budi selepas ditanya mengenai status hubungannya dengan Hana. Sumber: KOSMO! ONLINE |
Perawankota replied at 17-11-2022 02:53 AM
Bukan ke dalam Islam, bertunang tu sepatutnya disorokkan.. Ke aku yang salah paham
sukacactus replied at 17-11-2022 06:27 AM
Good luck diucapkan
Sdr pilih, sdr hadap nnt
sukacactus replied at 17-11-2022 06:27 AM
Good luck diucapkan
Sdr pilih, sdr hadap nnt
Suchi: Kat fb kemain ramai yg pompuan2 bekap daie ni sapa2 yg cuba komen pasal masa lalu dia teruk kena kecam.Herannya pompuan2 lak tu yg membekap.. gasak ko ...
ADVERTISEMENT