CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Samseng’ Jentera Parti Ganggu, Gertak Penduduk

16-11-2022 11:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1100| Komen: 2

Sikap ‘samseng’ sebuah jentera parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk kerana terpaksa berdiam apabila diganggu.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk yang tidak mahu dikenali mendakwa, dirinya digertak oleh sebuah jentera parti kerana menegur kumpulan tersebut supaya tidak berbuat bising pada waktu tidak sesuai.


Tangkap layar perbualan WhatsApp pengadu kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, kejadian itu bermula pada 9 November lalu dan ia berlaku pada 12 tengah malam sehingga dua pagi apabila terdapat penduduk dimaki dan diugut kerana menegur kumpulan berkenaan yang berbuat bising di kawasan perumahan.


“Mereka ni sangat bising sehingga mengganggu penduduk-penduduk di kawasan ini, kami ni nak bangun pagi untuk bekerja tetapi waktu tidur diganggu oleh kumpulan tersebut. Perkara ini dah berlarutan tetapi tiada penyelesaian.

“Selepas saya tegur mereka, dua orang datang ke rumah untuk marah saya dan isteri. Selepas saya cuba untuk menghubungi polis baru mereka beredar. Saya cuma minta mereka perlahankan sedikit pembesar suara.

“Saya juga menghubungi calon daripada parti berkenaan tetapi seperti tiada tindakan dan amaran diberi kepada kumpulan tersebut, saya ke pejabatnya pun beliau tiada. Saya betul-betul kecewa,” katanya ketika dihubungi.

Melalui klip video yang dihantar ke Utusan Malaysia oleh penduduk tersebut, terbukti bahawa jentera sebuah parti mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising pada waktu tidak sesuai.

Penduduk tersebut mendakwa bahawa banyak penduduk lain di kejiranan tersebut mengadu perkara sama tetapi tidak berani membuat kerana laporan kerana bimbang akan keselamatan keluarga.

“Lepas kes ini, penduduk lain turut datang mengadu tentang perkara sama tetapi mereka takut untuk berbuat apa-apa kerana bimbang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Mereka minta saya menjadi wakil untuk buat laporan polis,

“Tetapi ceramah politik parti berkenaan dilakukan baru-baru ini sahaja dalam dua hari mereka tidak membuat bising lag cuma sebagai penduduk kami mahu tindakan tegas diambil,” katanya.

Tambahnya, beliau ada berjumpa dengan calon lain di kawasan Parlimen tersebut untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan mengenai isu dihadapi. 


Sumber: UTUSAN 





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 17-11-2022 12:30 PM
Tengok logo tau dah parti BN - kataku memfitnah hari ini
Quote boo06 27-11-2024 01:53 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.032732 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top