CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

17 Tahun Sangka Anak Mati, Rupanya Anak Baru Lahir Dicuri Adik Ipar Sepupu

16-11-2022 09:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2149| Komen: 10

Seorang wanita di China yang selama ini percaya bayi lelakinya meninggal dunia, akhirnya mendapati dia ditipu keluarga sendiri, lapor akhbar Daily Star semalam.


Zhang Caihong dari wilayah Jiangsu berkongsi kesedihan apabila mengetahui bahawa adik ipar sepupunya mencuri anak lelakinya selepas dia melahirkan bayi itu 17 tahun lalu.


Caihong percaya akan penipuan wanita itu setelah melahirkan anaknya. - HK01.com

Caihong melarikan diri ke rumah sepupunya sebelum bersalin kerana bimbang bekas suami akan mencederakan dirinya.

Selepas melahirkan anak, adik ipar sepupunya menyampaikan berita bahawa bayinya mengalami kecacatan yang teruk.


Caihong mempercayai be­rita itu dan dipujuk untuk menyerahkan bayinya. Dia ditipu sekali lagi apabila wanita itu memberitahu anaknya mati kesejukan.

Selepas lebih satu dekad, Caihong baru-baru ini mendapati anaknya masih hidup. Dia berjaya menjejaki anak lelakinya selepas mendapat pengesahan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Remaja itu belajar di sebuah sekolah menengah, lapor akhbar South China Morning Post. Caihong mendapat tahu bahawa ibu angkat remaja itu ialah adik perempuan kepada isteri sepupunya.

Caihong kini menjalani perbicaraan di mahkamah di mana ibu bapa angkat remaja itu meminta dia membayar kos membesarkan anaknya. 

Dia enggan membayar kos tersebut kerana mereka mengambil zuriatnya  secara haram.


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-11-2022 09:04 PM
Eh  ...babinya perangai penculik....dah culik anak org minta bayaran pulak..
Quote TabletSusu 16-11-2022 10:00 PM
noor2 replied at 16-11-2022 01:04 PM
Eh  ...babinya perangai penculik....dah culik anak org minta bayaran pulak..

kaann kak noor. babi sgt perangai. dah ko yg gatai ambik budak tu. ni mintak duit pulak kat mak budak tu. 17thn mak budak tu tanggung kesedihan.
Quote Suchi 16-11-2022 10:01 PM
Sian dia dah mcm dlm movie, berteduh umah sedara utk selamatkan diri.
Bila beranak baby kena curi lak ngn sedara tu, igtkan org baik rupanya setan.
Bila dh kantoi curi anak org suka ati engko nak minta ganti rugi bagai
Quote naina 16-11-2022 10:16 PM
Apa susah. Saman la balik tuduhan mencuri dan menipu selama 17 tahun.
Quote noor2 17-11-2022 06:17 AM
TabletSusu replied at 16-11-2022 10:00 PM
kaann kak noor. babi sgt perangai. dah ko yg gatai ambik budak tu. ni mintak duit pulak kat mak bu ...

Sian mak dia....china ni mmg pelik2 rakyat depa
Quote mejaputih 17-11-2022 07:14 AM
Kat sana memang pelik..even kita tlg org accident nnt kita kena tanggung kos hospital...
Quote Highflyer19 17-11-2022 08:44 AM
So apa hukuman kpd orang yang culik itu…
Quote KamikuP 17-11-2022 12:31 PM
Yg pelik2 dari Tanah besar China
Quote Sazreena 18-11-2022 06:25 AM
Ada hati nak claim duit..sapa suh gatal pi culik dulu.
Quote boo06 27-11-2024 01:53 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.123120 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top