CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saifuddin Kesal Berdiri Seorang Di Pentas Debat, Mana Calon Lain?

16-11-2022 08:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1519| Komen: 9

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah kesal apabila dua lagi calon kerusi itu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak hadir dalam acara debat dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelmarin.


Acara itu dianjurkan bagi menjelaskan lebih terperinci tentang manifesto calon dan parti diwakili masing-masing.

Saifuddin berkata, seharusnya penganjuran debat ini digunakan sebaiknya oleh calon bertanding sekali gus dapat memberi manfaat untuk pembangunan dan pengetahuan penduduk setempat.


Saifuddin berdiri di pentas acara debat dianjurkan sebuah NGO di Indera Mahkota di Kuantan, Pahang.


“Saya dijemput sebuah NGO untuk menyertai debat ini dan saya terima undangan itu dengan hati terbuka. Ia merupakan peluang dan kesempatan kepada semua calon untuk menerangkan manifesto sendiri atau parti diwakili atau sebagainya.

“Jadi saya kesal ketiga-tiga rakan saya yang bertanding di sini memilih untuk tidak datang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Debat calon Indera Mahkota dijadualkan di Dewan Atabara Indera Mahkota dan merupakan anjuran Pertubuhan Wong Ser Warrior 294 pada 14 November lalu bagi mengulas, membincangkan dan membahaskan senario politik semasa dan manifesto dalam kalangan calon sekiranya menang PRU15. 

Acara debat itu dirancang, membabitkan Saifuddin, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Quek Tai Seong dan calon Pakatan Harapan (PH), Zuraidi Ismail.

Sementara itu, ketika ditanya berkaitan tawaran debat yang dianjurkan itu, Zuraidi berkata, dalam tempoh ini, fokusnya hanya untuk bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan Indera Mahkota. 

“Saya tidak ada masalah kalau nak berdebat, tapi sekarang ini saya mengutamakan program turun padang, berjumpa pengundi. 

“Soal berdebat ini, saya fikir elok kita serahkan kepada pimpinan yang lebih ‘senior’,” katanya.  


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-11-2022 02:58 AM
Masalahnya yg lain tu dh setuju awal2 ke nak join debat tu
Quote bulalof 17-11-2022 07:34 AM
takat modal air liur boleh lah. dah pegang tampuk kuasa, haram nak jengah dan amik tau masalah lagi.
Quote kakikuDibibirmu 17-11-2022 07:43 AM
Syamsul Debat tersenyum sinis
Quote akies 17-11-2022 08:03 AM
Nak berdebat untuk apa?’tunjuk jaguh?
Cuba la cari pendekatan lain ..hurmm
Quote Highflyer19 17-11-2022 08:05 AM
Adakah mereka tahu pasal debat ini in the first place...cer tanya penganjur...masing2 sebok dgn kempen masing2
Quote Firenzza 17-11-2022 08:06 AM
X payah nk membongak sgt pasal menifesto ale uto....masing2 parti skrg tgh mengelupor nk lobi sapa yg nk jd tagteam utk tubuh kjn.
Quote KamikuP 17-11-2022 01:23 PM
manifesto bukan kitab suci raykat taknakj kene kencing lagi
Quote doubleharmonic 17-11-2022 02:10 PM
ko jemput la babi berdebat. ko kalo sembang pon cam babi jah kan
Quote boo06 27-11-2024 01:53 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.812934 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top