CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengku Zafrul Berkhidmat Untuk Rakyat, Tak Berhasrat Jadi PM

16-11-2022 08:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1174| Komen: 12

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri sebaliknya mahu fokus berkhidmat untuk rakyat di daerah ini.

Calon Barisan Nasional (BN) itu berkata, tumpuan utamanya kini hanya membantu rakyat dan menabur bakti kepada negara.

FB Tengku Zafrul

“Sebagai pemimpin yang baru menyertai politik, saya memberi tumpuan untuk memastikan kemenangan di Parlimen Kuala Selangor.

“Selain itu, saya semestinya meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara biarpun tidak menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika melawat Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Kuala Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan bercita-cita menjadi Perdana Menteri selepas aktif menyertai politik dan menjadi calon BN.

Tambah Tengku Zafrul, soal sesiapa yang ditawarkan untuk menjadi Perdana Menteri terpulang kepada individu tersebut.

“Saya sememangnya tidak pernah terfikir mengenai perkara berkenaan setakat ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau gembira dengan sambutan dan penerimaan positif pengundi sepanjang tempoh berkempen yang hanya berbaki tiga hari.

“Saya turun menemui pengundi di lebih 20 program dan kawasan setiap hari di Kuala Selangor.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan yakin kemenangan akan berpihak kepada saya nanti,” katanya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 16-11-2022 08:54 PM
Lol je lahh
Quote Nurdianah 16-11-2022 08:55 PM

Quote sharlenetexas 16-11-2022 08:56 PM
Teruskan berangan. Berangan is free.

Quote kitmal 16-11-2022 09:38 PM
apa yang dia tolong,,naikkan pinjaman adalah..untuk kayakan rakan bankernya
Quote pu3_rania 16-11-2022 11:00 PM
Edited by pu3_rania at 16-11-2022 11:02 PM

Semoga pengundi Kuala Selangor tak terpadaya dan tertipu dengan hamlau sekoq dengan  hashtag galmour dia #TZADengarHayatiSelesaikan
Jangan sampai lencun dek kena kencing dengan si Zafrul hamlau ni
Tak ada maknanya si hamlau sekoq ni nak membela nasib rakyat
Cakap dah serupa koliang mabuk bilamana dulu masa mula-mula jadi Menteri Kewangan yang ko Zafrul ada berkata  tidak berminat untuk sertai mana-mana parti politik tapi lebih selesa sebagai seorang ahli teknokrat dan berjanji nak membantu rakyat tapi KO menipu dengan memungkiri janji iaitu menggugut 'Sanggup Letak Jawatan Sebagai Menteri Kewangan Jika Pengeluaran KWSP secara ‘one-off’ sebanyak RM10,00.00 di teruskan
Si Zafrul ni sungguh bersifat childish dok main ugut2 bagai
KO ni banyak belajar buat perkara2 macam ni dari senior kat dalam UMNO tu kerrrr
Quote tumpanglalu74 16-11-2022 11:02 PM
IMG-20221115-WA0018.jpg
Quote otai_g 17-11-2022 09:35 AM
nak berkhidmat utk rakyat yer. alasan cliche bg semua ahli politik
Quote juruterra 17-11-2022 09:57 AM
tak sangka Zafrul cerdik pandai pun boleh masuk BN...nampak isteri beliau yg kaya raya tu nampak akward mengiringi beliau di kampung kuala selangor semasa penamaan calon.
These people are born on a silver platter pastu acah2 nk tolong orang kampung. cannot relate la saya
Quote mamajawie 17-11-2022 10:23 AM
tengok tu berkempen pun pergi BSN..jadah tol banker jaga bank ni..
Quote plywood 17-11-2022 10:27 AM
kitmal replied at 16-11-2022 09:38 PM

Quote bulalof 17-11-2022 10:27 AM
dia rasa bertuah sgt dpt masuk politik. dptlah menambahkan lg kekayaan.
Quote boo06 27-11-2024 01:53 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(12)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.072508 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top