Seorang bayi perempuan dilahirkan di Filipina diisytihar sebagai individu kelapan bilion apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa penduduk dunia melepasi angka tersebut, semalam.
Bayi Vinice Mabansag, dilahirkan di Hospital Memorial Dr Jose Fabella, Tondo, Manila dipilih untuk menandakan peristiwa penting itu. Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan Filipina menyambut kelahiran Venice pada pukul 1.29 pagi dengan pegawai-pegawai berdiri di tepi sebagai simbolik. Bagaimanapun, PBB belum mengisytiharkan secara rasmi ‘orang kelapan bilion yang dilahirkan’ itu.
Sumber: MalaysiaGazette |
ADVERTISEMENT