Vokalis Dewa 19, Ahmad Dhani mengakui tidak pernah tertekan walaupun berdepan dengan pelbagai masalah. Perkara tersebut didedahkannya dalam program bual bicara yang dikendalikan Desta, Enzy Storia, dan Vincent Rompies baru-baru ini.
Biarpun mengalami banyak masalah keluarga dan politik, penyanyi lagu Dewi itu tetap tenang tanpa berdepan masalah tekanan perasan. “Saya pernah ditanya soalan ini dan jawapannya tidak pernah. Benar saya memang tidak pernah stres,” ujarnya. Bagaimanapun, bapa kepada El Rumi ini mengaku takut terhadap ketinggian, kelajuan dan kedalaman.
“Saya takut ketinggian, kelajuan dan kedalaman. Sebab itu kalau saya melakukan aktiviti menyelam (sciba diving), tidak boleh terlalu dalam,” ujarnya. Sumber: Kosmo |
ADVERTISEMENT