CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Isteri Hamil, Lelaki Campur Pil Gugur Kandungan Dalam Minuman

16-11-2022 07:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 899| Komen: 4

Seorang lelaki di Texas, Amerika Syarikat (AS) dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa memasukkan pil menggugurkan kandungan ke dalam minuman isterinya tanpa pengetahuan mangsa, lapor laman berita Wion News.


Mason Herring, 38, dari Houton didakwa atas dua tuduhan jenayah iaitu menyerang wanita hamil dan ‘jenayah yang didorong untuk menggugurkan kandungan’, demikian menurut rekod mahkamah.


Herring menawarkan beberapa gelas minuman keruh kepada isterinya. - Elisa Wells/Pelan C/AFP/Getty Images

Undang-undang pengguguran kandungan di Texas adalah antara paling ketat di AS. Perbuatan menggugurkan kandungan dibenarkan jika nyawa ibu dalam bahaya sahaja, bahkan tiada pengecualian untuk kehamilan disebabkan kes rogol atau sumbang mahram.


Orang awam juga dibenarkan menyaman individu yang membantu seseorang untuk menggugurkan kandungan. 

Wanita itu mendakwa suaminya, Herring menawarkan segelas air kepadanya pada Mac lalu di mana dia mengambilnya dan mendapati ia tidak jernih. Herring berkata, air itu kelihatan keruh mungkin disebabkan oleh air paip yang kotor. 

Selepas setengah jam, wanita itu mula mengalami kekejangan dan pendarahan sebelum dibawa ke unit kecemasan. Dia percaya sakit itu disebabkan oleh pil pengguguran.

Herring menawarkan lebih banyak minuman kepada isterinya selepas pulang dari hospital. Dia mendapati minuman itu mengandungi ‘bahan yang tidak diketahui’ di dalamnya, manakala air keempat ialah sebotol jus oren.

Menurut afidavit oleh Jabatan Polis Houston, pasangan itu berkahwin selama 11 tahun dan mempunyai dua anak. 

Pada Februari lalu, Herring mahu berpisah dengan isterinya dan kemudian berpindah. Herring tidak berpuas hati apabila dia diberitahu bahawa isterinya hamil. 

Pada April 2022, isterinya menjemput dua orang untuk melihat sama ada suaminya berkelakuan mencurigakan. Mereka menyedari Herring cuba memberinya minuman yang dicampurkan ‘bahan yang tidak diketahui’.

Seminggu kemudian, dia melihat lelaki itu memasukkan sesuatu ke dalam minumannya dan menemui pek Cyrux, yang mengandungi misoprostol, bahan yang diketahui boleh menyebabkan pengguguran, di dalam tong sampah. 


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 16-11-2022 08:19 PM
Kau buat la operate kasi.mandul...
Bini plak.yang kau suruh gugurkan anak
Quote Bawang123 17-11-2022 09:24 AM
Pada Februari lalu, Herring mahu berpisah dengan isterinya dan kemudian berpindah. Herring tidak berpuas hati apabila dia diberitahu bahawa isterinya hamil.

Dalam nak bercerai pun, sempat ye..
Quote Cassieopeia 17-11-2022 09:40 AM
anak xnak main nak.. elokla dok dlm penjara tu
Quote boo06 27-11-2024 01:55 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.046887 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top