Semakin ramai selebriti dan pempengaruh media sosial turun berkempen di platform masing-masing menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ada juga yang mendedahkan pernah ditawarkan untuk membuat paid review parti tertentu. Namun, Sharifah Rose berkata, proses pengundian dan pemilihan wakil rakyat seharusnya disusuli dengan kajian terperinci dengan mengkaji apa yang ditawarkan parti melalui manifesto mereka. “Saya belum cukup ilmu untuk menyampaikan atau mempengaruhi orang mengenai politik. Cukuplah untuk diri saya sendiri dahulu. Saya tidak mahu main sampaikan sahaja tanpa semak fakta, takut nanti saya beri berita yang tidak betul kepada orang luar sana.
“Dekat sekolah saya ada belajar semua ini, jadi saya nak kena buat ulangkaji sedikit, melihat manifesto. "Sebelum undi, saya akan lihat apa yang calon wakil rakyat boleh tawarkan kepada anak muda. Bukan itu sahaja, kawasan saya pula selalu banjir, jadi saya cari wakil rakyat yang boleh membantu atasi masalah ini,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di forum perfileman anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) serta Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bakal mengundi buat pertama kali pada usia 24 tahun di Shah Alam, pelakon 'Kekasih Hati Mr Bodyguard' itu mengakui teruja di samping mengajak rakan-rakan sebayanya untuk turun mengundi pada 19 November nanti. “Tahun ini pertama kali saya mengundi. Saya harap anak muda di luar sana akan jalankan tanggungjawab sebagai pengundi juga. Saya teruja dan gemuruh maklumlah ini pertama kali saya akan mengundi dan masih tak jelas lagi bagaimana prosesnya. “Keputusan saya undi parti mana biarlah rahsia dan simpan kepada diri sendiri. Ia privasi. Saya lebih selesa begitu,” katanya lagi. Sumber: Getaran |
marchikobonzo replied at 17-11-2022 09:37 AM
Finally..boleh polish lagi dia ni, tp sayang, memula dulu dah start ngan controversy ngan anak tiri ...
rayna_raynes replied at 17-11-2022 04:48 PM
Tapi kontroversi apa je pun? Biasalah budak2 muda bercinta putus sambung buat statement bodoh.
Lai ...
ADVERTISEMENT