CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

NASA Lancar Roket Tinggi 32 Tingkat, Bawa Kapal Angkasa Ke Bulan

16-11-2022 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 818| Komen: 10

MIAMI, Florida – Roket paling berkuasa pernah dibina oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berlepas dalam perjalanan ke Bulan hari ini.


Roket setinggi bangunan 32 tingkat dinamakan Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS) itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pukul 1.47 pagi (waktu tempatan). SLS mengeluarkan daya tujahan berukuran 8.8 juta pound (39 meganewton).

“Apa yang anda lalukan hari ini akan memberikan inspirasi kepada generasi-generasi akan datang, terimakasih!,” kata pengarah pelancaran wanita pertama NASA,  Charlie Blackwell-Thompson yang disusuli sorakan kakitangannya.


Foto: AFP


Kapal angkasa Orion ditempatkan di puncak SLS. Ia akan mengorbit jiran paling dekat dengan Bumi itu. Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menghantar angkasawan wanita atau angkasawan bukan kulit putih pertama ke Bulan pada pertengahan tahun 2020-an.

Kali terakhir AS menghantar angkasawan ke Bulan adalah semasa era Apollo, dari tahun 1969 hingga 1972.

Kali ini, AS berharap untuk menempatkan manusia di Bulan termasuk sebuah stesen angkasa bagi membantu persiapan misi menghantar manusia ke Planet Marikh dalam tahun 2030-an.

Kira-kira 100,000 orang berkumpul di sepanjang pantai untuk melihat acara bersejarah itu hari ini.

Kapal angkasa Orion tidak akan mendarat di Bulan. Orion sebaliknya akan meneroka  64,000 kilometer pada sisi jauh Bulan sekali gus lebih jauh daripada penerokaan kapal angkasa lain yang berupaya membawa manusia.

Walaupun tidak membawa manusia, kapal angkasa itu dinaiki oleh tiga buah patung lengkap dengan sensor bagi mengumpulkan data untuk kru akan datang.

Misi itu akan berlangsung selama 25 hari setengah dengan Orion dijangka jatuh di Lautan Pasifik pada11 Disember ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-11-2022 09:45 AM
oooh yeke. OKAY
Quote kakikuDibibirmu 17-11-2022 09:46 AM
LOGO-PAS-TERBARU.jpg
Quote batu kikir 17-11-2022 10:24 AM
See.  Whoever believes Americunt has sent human to the moon must be nuts.

Ps Roket terkuat man ever made..... hantar patung je to get data.  Tak kanlah tahun 1960'an konon pergi bulan tak de data.  Roket 60'an pun dah cukup bagus bolih pergi bulan.  
Quote hyie 17-11-2022 10:44 AM
bukan Artemis I ye? semalam iols tengok live pelancarannya kat utube nasa. tu pun tertengok kalau tak memang tak amik tau iols ingatkan diorang dah letak astronot sekali dalam tu rupanya takda ye choi sangat
Quote Dwdrum 17-11-2022 10:59 AM
batu kikir replied at 16-11-2022 06:24 PM
See.  Whoever believes Americunt has sent human to the moon must be nuts.

Ps Roket terkuat man eve ...

Nampak sangat ko ini stupid cunt.... Boleh saja pergi tanya di US embassy depa ada collab dengan KPM bawa wakil dari malaysia cekgu yang pergi ke cern dan US... Bagi imformation tentang apollo
Quote grouper 17-11-2022 11:17 AM
hyie replied at 17-11-2022 10:44 AM
bukan Artemis I ye? semalam iols tengok live pelancarannya kat utube nasa. tu pun tertengok kalau ta ...

Artemis 1 tu nama program atau misi..SLS tu nama rocket yg baru lancar smlm
Quote plywood 17-11-2022 11:22 AM
batu kikir replied at 17-11-2022 10:24 AM
See.  Whoever believes Americunt has sent human to the moon must be nuts.

Ps Roket terkuat man eve ...

memang datang keraguanlah.. .. zaman sekarang lagi canggih manggih pun hanya boleh buat mcm tu jer... ... cuma persoalannya, kalau dia bohong .. maka menutup kebohongan besar-besaran itu sangat sukar... walaupun kita boleh buat beberapa assumptions tetapi untuk kata tak pergi secara mutlak sukar pulak..
Quote venom1 17-11-2022 11:49 AM
hope NASA boleh cipta roket yang lebih ringan dan guna teknologi nuklear. boleh pergi lagi jauh. setakat bulan handphone OPPO pun boleh fokus sampai nampak kawah bulan.
Quote batu kikir 17-11-2022 02:07 PM
plywood replied at 17-11-2022 11:22 AM
memang datang keraguanlah.. .. zaman sekarang lagi canggih manggih pun hanya boleh buat mcm tu jer ...

Banyak keraguan.
Komputer chips dalam hp kita......kalau masa tu mahu sebesar rumah saiz dia.  And nothing much the computer can do at that time.
Kita need rocket untuk lepasi graviti bumi. Graviti bulan walopon cuma 1/6 graviti bumi..... we need a strong vehicle to pass through graviti bulan.  Rocket yg melepasi graviti bumi tu pun semua dah terpecah-pecah dan sebahagian besar jatuh dalam laut.  Space landing capsule untuk dijadikan alat melepasi graviti bulan is a no..no.. Nak naik 100 kaki pun mcm tak larat.
Quote boo06 27-11-2024 01:55 PM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.107089 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top