CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Terpaksa Langsaikan Hutang Sampai Lebih RM600 Ribu, Bapa Bunuh Anak Ketagih Beli Barang Online

16-11-2022 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2542| Komen: 22

BEIJING – Seorang gadis di China yang ketagih berbelanja secara online akhirnya berhutang dengan banyak dan hidupnya berakhir secara tragis, lapor portal berita Wolipop.


Gadis bernama Liu itu bekerja sebagai pemeriksa keselamatan dalam bidang pengangkutan rel. Dia mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung hidupnya sekitar 3,000 yuan (RM1,921) sebulan.

Lui bagaimanapun mula ketagih membeli barangan secara online sejak 2019 dan sering membeli sesuatu yang tidak penting. Rumahnya dipenuhi dengan bungkusan barang  pelbagai saiz dari kecil hingga besar.


Gambar Hiasan
Liu mengalami masalah kewangan apabila pendapatannya tidak mencukupi untuk memenuhi keinginan membeli secara online. Dia bahkan gagal membayar hutang kad kredit.


Dia tidak menghiraukan masalah itu dan terus membeli-belah sehingga hutang kad kreditnya bertimbun. 

Walaupun marah, bapa Liu tetap membantunya melunaskan hutang sehingga terpaksa menggunakan wang simpanan sebanyak 500,000 yuan (RM320,171). Dalam tempoh tiga tahun, hutang Liu mencecah 1 juta yuan (RM640,342).

Ketagihan Liu membuatkan hubungan dengan bapanya semakin renggang kerana sudah hilang kepercayaan. Bapanya tertekan kerana sering diganggu oleh pemiutang  anaknya.

Pada suatu malam, Liu dan bapanya bergaduh besar. Oleh kerana terlalu beremosi, Lui ditikam oleh bapanya menggunakan sebilah pisau buah.

Liu meninggal dunia kerana hilang banyak darah. Setelah menyesali perbuatan itu, bapanya pergi ke balai polis untuk menyerah diri dan kemudian dihukum penjara selama 15 tahun. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 16-11-2022 06:28 PM
heloklahh.. kecik2 tanak mamposss, dah besauuu menyusahkan makpak
Quote shernazz 16-11-2022 06:29 PM
Puas ati bapaknya
Ni.mesti terpengaruh dgn video amoi2 beli barang banyak2 paatu letak dalam rumah..
Pewangi la..mesin.basuh kecik.la...vekas2 dalam.peti ais la...
Semua berteknologi gitchuu..
Basuh sayur.pung ada mesin..
Quote tupaiterbang 16-11-2022 06:34 PM

Rasain lhooo...anak tak kenang budi
Sian kat bapaknya tak pasal2 jadi pembunuh

Quote Belibis 16-11-2022 07:02 PM
Macam baca karangan budak sekolah rendah pulak..senang baca,senang faham..
Quote sukacactus 16-11-2022 07:15 PM
Ahhh last2 itu je ubatnya
Quote Mina2215 16-11-2022 07:28 PM
Mcm gaya SPay lettew
Quote anony-mous 16-11-2022 07:32 PM
Nk marahkan bapaknya pon i xsmpai hati
Quote doubleharmonic 16-11-2022 07:41 PM
kad kredit apooo boleh hutang sampai ratus ribu camtu hah noreeenn? dah cecah limit terus decline kan tak boleh nak swipe yihhhhh
Quote Suchi 16-11-2022 07:45 PM
Dia rasa seronok kot bila parcel sampai
Sudahnya jadi ketagih
Iols pun suka gak membeli tp tak penah berhutang.
Spay later kejadah semua tak penah guna.
Beli brg online pun sbb nk memudahkan je mcm beli brg dapur pun kat lotus online.
Kira yg penting2 dan perlu jelaa.
Quote Suchi 16-11-2022 07:51 PM
shernazz replied at 16-11-2022 06:29 PM
Puas ati bapaknya
Ni.mesti terpengaruh dgn video amoi2 beli barang banyak2 paatu letak dalam rumah.. ...

Mengarut kan uolss semua tu sampah dan tak penting pun.
Hiduplah cara minimalis jimat ruang dan duit. Apa kejadah nk tuang sabun yg dh siap elok duk dlm botol/pek berpenutup tp nak gak tuang dlm bekas lain.
Pastu susu yg elok2 duk dlm kotak berpenutup jadah apa nk tuang dlm botol lain plak.
Sama la alatan2 utk potong itu ini sedangkan tak perlu sgt pun.
Sudahnya memenuhkan ruang rumah je.
Quote shernazz 16-11-2022 08:14 PM
Suchi replied at 16-11-2022 07:51 PM
Mengarut kan uolss semua tu sampah dan tak penting pun.
Hiduplah cara minimalis jimat ruang dan du ...

Tu lah pasal..
Renyah sungguh
Lain la bekas refill tu..dalam plastik pindah ke botol..
Ni semua botol2 pindah ke bekas kaca bagai lah..
Banyak.keje nak buat...
Quote TOPwind 16-11-2022 09:13 PM
lebih baik ketagih batang
tiada hutang hati senang
Quote rosedemon 17-11-2022 09:45 AM
sian apaknya dah stress sgt agaknya
Quote rospinki 17-11-2022 09:53 AM
aku masih lagi parcel2 barang camping tak bukak..ada waktu gila soping target semua ada stop terus. takde dh aku beli apa sejak itu. moga istiqomah
Quote hasniey 17-11-2022 09:55 AM
Kesian bapaknya.duit simpanan abes.kena pnjara pulak
Quote rykall 17-11-2022 10:26 AM
Rasa macam puas pula baca artikel ni.
Quote venom1 17-11-2022 12:06 PM
she deserve it. moga dapat shopping lagi di alam sana
Quote Sazreena 18-11-2022 06:34 AM
Shopaholic terkorban kekdahnya..so bebarang yg menimbun kat umah tu leh lah dijual balik drpd mereput takde hasil.
Quote green~tea 18-11-2022 08:42 AM
Bapa dia pun salah apsal kasi anak access kepada account plak..  

Kalo awal2 tak disiplin manjakan anak.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.216633 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top