Kumpulan rock lagenda, Wings berangkat ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, hari ini. Menerusi perkongsian di akaun Instagram rasmi kumpulan itu, kesemua anggota Wings iaitu Awie (vokalis), Eddie (bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
"Semoga puji bagi Allah atas nikmat yang diberi. Semoga Wings peroleh umrah yang makbur, Allahuma Amin," tulisnya ringkas. Rata-rata peminat mendoakan agar kumpulan yang terkenal dengan lagu Sejati itu diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. "Semoga dipermudahkan segala urusan pergi dan balik," tulis seorang pengikut.
|
hareeeesah replied at 16-11-2022 06:42 PM
Berapa undi dah takde ni? Tiberrrr..
alesandra replied at 16-11-2022 06:45 PM
At least undi awie utk bn satu dah kurang dah
lotionmilo replied at 17-11-2022 02:39 PM
Dia mmg bn ke? Kawan kawan org kuat harapan
ADVERTISEMENT