Adrea Abdul bikin ramai tertanya-tanya selepas tampil mendedahkan pengalamannya yang pernah ditegur oleh seorang pelakon yang sombong dan kurang sopan ketika menjalani sebuah penggambaran drama.
DI TikTok, Adrea menggambar aktres tersebut sebagai seorang yang cantik, seksi, putih dan sering menjadi perhatian para lelaki suatu ketika dahulu. “I think kejadian ni berlaku lebih kurang 17 tahun yang lalu, waktu tu saya shoot sebuah drama episode kat sebuah pulau sebagai pelakon pembantu. “Karakter saya dalam tu macam very happening la. Then, adalah this one heroin ni dia lawa gila putih gebu and dia sangat cantik itu tak dinafikan.
“Pelakon itu selalu berlakon watak yang menggoda, tapi dia macam tak suka dengan watak yang saya bawakan. Tiba-tiba heroin ni sound saya kata saya kata berlakon tak bagus,” katanya. Tak cukup dengan itu Adrea juga mendedahkan sikap aktres terbabit yang seakan-akan cuba menggoda dan meraih perhatian dari pengarah drama tersebut. “Dia pernah suruh semua pelakon boikot saya cakap saya ni plastik dan dia terus meroyan. “Pastu ada satu hari tu saya tak shooting, saya buat craft dan lepak dengan director. Tiba-tiba heroin ni datang dan duduk atas riba director tu,” katanya. Adrea juga mendedahkan aktres tersebut turut berkelakuan kurang sopan dengan pasukan produksi sewaktu di pulau tersebut. Namun bukanlah niatnya menceritakan perkara tersebut sebab nak aibkan mana-mana pihak. Adrea cuma berharap agar semua pelakon yang baru menceburi industri lakonan tanah air menjaga maruah dan kelakuan. “Flashback ni bukan kerana saya nak aibkan industri, tidak. Jangan kerana nila setitik rosak santan sebelanga kerana benda ni bukan sahaja berlaku dalam industri seni tapi dalam dunia korporat pun berlaku. “Saya tak cakap saya sempurna. Tapi apa yang kita buat ni kena ada batasnya. Saya taknak bagitahu siapa yang buat tu sebab dia dah berubah dan jauh lebih elok daripada kita. “Tapi bagi saya kita apa yang kita nak buat tu jangan laa sampai memalukan diri sendiri dan mengaibkan diri sendiri.” Siapalah agaknya aktres yang dimaksudkan tu ya? Mohon siasat. -CARI
|
selipar_hijau replied at 16-11-2022 07:41 PM
J semula ke dia ni?
Moriess replied at 16-11-2022 06:37 PM
Dia sound Jue Aziz ke?
timah03 replied at 16-11-2022 07:02 PM
Zila ke... Macam dia sorang je gebu dulu and bawa watak mengoda...
Dolmat replied at 16-11-2022 06:58 PM
Cer list down..
1. FS
2. ZB - suspect kuat
ADVERTISEMENT