Wani Kayrie, beranggapan penglibatan penggiat seni dalam dunia politik bukan satu kesalahan seperti yang ditafsirkan sesetengah pihak jika mereka tahu batasnya.
Mereka harus bijak dalam memberi komitmen dalam karier dan dunia politik kerana itu adalah sesuatu perkara yang berbeza. "Pada saya, kalau betul-betul nak jadi penyanyi, baik fokuskan pada nyanyian sebab Wani sendiri rasa kalau ingin ke bidang politik, saya perlu sekurang-kurangnya mengorbankan salah satu daripada kerjaya saya." Penyanyi itu berkata demikian pada sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Nero Event Space, PJPAC, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Sementara itu, Wani, 22, mengharapkan pemerintah baharu akan bertindak lebih adil dan tidak tertumpu hanya kepada satu bidang sahaja. "Saya harapkan pemerintah baharu nanti akan melayan semua sama rata, tak kisah dari segi bidang nyanyian ke, bidang pelajaran atau sukan. Semuanya haruslah naik sama-sama naik." Tambahnya, kerajaan baharu sewajarnya memberikan peluang kepada mereka yang baru dalam industri untuk menonjolkan diri dengan bantuan yang secukupnya. Sumber: OHBulan |
ADVERTISEMENT