CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Merajuk Caprice Lupa Tarikh Anniversary, "Terima Kasih Bersabar Dengan Lelaki Paling Kontroversi Di Malaysia"

16-11-2022 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2112| Komen: 19

Akibat sibuk dengan pelbagai tugasan, penyanyi rap Caprice terlupa akan sambutan ulang tahun perkahwinan pertama bersama isteri, Farra Inalis pada 15 November lalu.


Caprice atau Ariz Ramli, 34, berkata, dia hanya menyedari tentang perkara itu selepas isterinya menunjukkan protes sepanjang hari terhadapnya.

Foto: IG

"Terima kasih sebab bersabar selama 12 bulan dengan lelaki paling kontroversi di Malaysia. Tak sangka sudah setahun.

"Patut semalam ada orang macam moody, kita pun tak tahu apa punca. Selepas seharian kerja baru teringat, anniversary!," katanya menerusi Instagram.


Caprice turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada Farra kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga terlupa akan ulang tahun perkahwinan mereka.



Penyanyi rap itu turut terharu apabila isterinya itu terpaksa berdepan dengan pelbagai drama sepanjang setahun mereka mendirikan rumah tangga.

"Minta maaf sangat sebab sangat sibuk sejak kebelakangan ini dengan pelbagai kerja. Selamat satu tahun, semoga kekal ke Jannah Insya Allah.

"Minta maaf juga kerana belum jadi yang terbaik dan selalu kena bersabar dengan pelbagai drama,” tulis Caprice lagi.

Sementara itu, Caprice turut meninggalkan pesan kepada golongan lelaki bergelar suami agar lebih peka tentang tarikh penting terutamanya ulang tahun perkahwinan.



Katanya, ia penting sekiranya ingin mengelakkan ada pihak bermasam muka dan menunjukkan protes tidak berpuas hati dengan sang suami.

"Kepada anak muda yang baru nak berkahwin atau terfikir nak berumah tangga, satu sahaja benda saya nak pesan.

"Set alaram tiga hari sebelum anniversary, dua hari dan sehari sebelum ulang tahun. Seminit sebelum anniversary. Insya Allah selamat," ujarnya berseloroh.



Untuk rekod, Caprice dan Fara, 27, yang juga seorang ibu tunggal berkahwin pada 15 November 2021. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teddy_girl04 16-11-2022 05:57 PM
suami dia sibuk sgt hal org sampai hal sendiri lupa hehehehe
Quote bulanbulat 16-11-2022 06:05 PM
Tido 3-4 jam tapi banyak tenaga tu tanda manic bipolar.
Quote doubleA 16-11-2022 06:13 PM
Bagus la fara ni boleh tahan dengan peel dia, harus berterima kasih. Org lain dah lama cabut gamaknya
Quote scarflicious 16-11-2022 07:04 PM
Apa je kerja dia sampai sibuk sgt.
Quote shida81 16-11-2022 10:00 PM
scarflicious replied at 16-11-2022 07:04 PM
Apa je kerja dia sampai sibuk sgt.

Ak pn nk tny soklan yg sama
Quote slyfynx 16-11-2022 10:20 PM
Aku nk je taip PERLU dalam bahasa Indonesia
Quote yondu 17-11-2022 12:31 AM
yela taik. gmbr last tu mcm pondan siam. x cntik. geli tgk
Quote LadyCarefree 17-11-2022 01:28 AM
scarflicious replied at 16-11-2022 06:04 PM
Apa je kerja dia sampai sibuk sgt.

sibuk fikir mana nak cari duit. dulu dia jana duit bagi ceramah motibasi, jual produk. now?
Quote Perawankota 17-11-2022 03:24 AM
Ishhh birthday aku... Anyway, dorg ni memang dah lama ke couple before kawen dulu
Quote bulalof 17-11-2022 07:40 AM
semua nak up dlm medsos.
Quote mawarika 17-11-2022 07:41 AM
Eeee gelinya..perasan sgt dah ni. Ewww
Quote redz85 17-11-2022 08:42 AM
sabar eh sayang, mana tahu menang saman Mydin
Quote rosedemon 17-11-2022 10:05 AM
iyekkkkkkkkk jijikkkk nk mrajuk2
Quote lightheaded67 17-11-2022 10:10 AM
acik bawak bini nyambot enebeseri kat mane jer tu
Quote marchikobonzo 17-11-2022 10:23 AM
Laki paling kuat drama selepas dibah aa
Quote tipah89 17-11-2022 11:19 AM
sebok sgt jaga tepi kain orang sampai hal sendiri pun lupa...hahahaha pastu bangga canang kat socmed.. lahaiii topi nasiiii
Quote dewi_rina 17-11-2022 11:39 AM
laki bini sama naik, meluat. bini nya pun acah macam lawa sangat, kalau pakai tudung desa permai sangat muka tu.. harap rambut kaler singa jelah nak bagi nampak letop
Quote insyi81 18-11-2022 08:11 PM
Edited by insyi81 at 18-11-2022 08:13 PM

geli nok nk majuk2
Quote Acun 18-11-2022 08:13 PM
jijikkk arrr kau

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.117392 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top