Anak pertama kepada pelakon Eyra Hazali, Hayder Qhalish sering mencuri tumpuan netizen kerana kecomelannya. Kali ini, Hayder mencairkan hati ramai dengan gelagat mesranya bersama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Gustavo Silveira da Silva.
Menerusi sebuah perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok, Eyra dan anak-anak ke stadium untuk menonton perlawanan yang melibatkan suaminya, Haziq Nadzli. Menerusi hantaran tersebut, gelagat mesra Hayder yang memanggil dan melambai tangan kearah Bregson berkali-kali telah mencuri perhatian ramai. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat keakraban Hayder bersama Bregson yang seakan-akan ibarat kawan baik dan turut memuji kecomelan mereka berdua.
Malah, pertanyaan Eyra kepada suaminya dalam video tersebut turut membuatkan warganet terhibur. “Sayang, itu anak you ke anak Bregson?” kata Eyra dalam video tersebut. -CARI Sumber: XTRA
|
prince_marhaen replied at 16-11-2022 05:12 PM
"“Sayang, itu anak you ke anak Bregson?”"
...........eh!
esbok replied at 17-11-2022 09:34 AM
sis pun rasa semacam dengan gurauan tu
prince_marhaen replied at 17-11-2022 09:47 AM
hahaha meols overthinking.... fuhhh neves tau kalau nak gurau gitu
ADVERTISEMENT