CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lana Nodin Dedah Punca Hidung Nampak Pelik Macam Michael Jackson

16-11-2022 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4263| Komen: 32

Lana Nodin menjawab persoalan netizen berhubung struktur hidungnya sebelum membuat pembedahan yang dikatakan persis mendiang penyanyi Michael Jackson.

Lana atau Mazlina Hasan Nordin, 44, berkata, bentuk hidungnya menjadi seperti itu disebabkan terkena jangkitan sehingga ia kelihatan tirus.

"Hidung dulu terkena jangkitan. Michael Jackson pun waktu itu terkena jangkitan dan disebabkan itu hidung jadi begitu," katanya.

Lana menjelaskan perkara itu sebagai respon kepada soalan ditanya pengikutnya di media sosial.


Foto: IG

Pelakon itu turut memuat naik video pemeriksaan terakhir selepas melakukan pembedahan pada bahagian hidung di Seoul, Korea Selatan Oktober lalu.


Dalam pada itu, Lana memberitahu sudah serik melakukan pembedahan hidung dan tidak sanggup lagi melalui proses sama.

Menurut Lana, sudah empat kali dia melakukan pembedahan bagi membetulkan hidungnya agar ia kembali normal.

"Puas juga sudah empat kali buat, dah sampai tahap tak sanggup lagi. Dah serik," katanya.

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri berkenaan turut terbuka melayan komen peminat dengan menjawab pertanyaan diajukan kepadanya.

Antaranya soal diterima Lana termasuklah sama ada dia perlu melakukan pembedahan lain selepas ini.

"Kalau guna tulang rusuk, tak perlu buat semula tetapi kalau plastik, silikon perlu buat setiap 10 tahun," jelasnya.

Untuk rekod, Lana pernah menjalani pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika zaman persekolahan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 16-11-2022 04:47 PM
HAHAHA..membongak tak hengat
Quote Piramida 16-11-2022 04:54 PM
Jangkitan hidung ko berani.. Cucuk2 buat hidung buat muka ko berani. Dgn virus kobid ko lemah ketakutan.
Quote jihyomelly 16-11-2022 04:58 PM
Piramida replied at 16-11-2022 04:54 PM
Jangkitan hidung ko berani.. Cucuk2 buat hidung buat muka ko berani. Dgn virus kobid ko lemah ketaku ...

lemahhhhhh cakap pung pang pung pang…puiiii bak kata jebat
Quote Fly_over 16-11-2022 04:59 PM
patut xyh la tambah kena infection kuman. ckp jela 10thn kena ganti baru je. kalau infection ni iols bygkan jd bengkak, kemerahan, sakit, mbusuk. erkkkk… pastu jd membongkak pulak la kan…
Quote Dolmat 16-11-2022 05:01 PM
Abis buah labu dan dagu pun accident jugak ke.....? Tanya jer.... Takmo trip ehhhh kasi jawapan Aku buat untuk laki aku!!!
Quote prince_marhaen 16-11-2022 05:16 PM
masuk bengkel ketuk macamana pun....anak tetap genetik pinoy pekat ye...belah belah pedalaman pinoy punya... hehehe..
Quote Dzahin_poch 16-11-2022 05:21 PM
My brother in law just pass away few months due to nose cancer tau.. siap masuk news lg x takot ke lanah ni?
Quote nakkomenjugak 16-11-2022 05:23 PM
Ohhhh shoottttt sheol baca porum keee??
Hai lana, dah tak balik ke homeland laki keeeee??
Dulu kemain ludahhh
Quote flipolivio 16-11-2022 05:25 PM
Dzahin_poch replied at 16-11-2022 05:21 PM
My brother in law just pass away few months due to nose cancer tau.. siap masuk news lg x takot ke l ...

nose cancer ni punca nya apa? dia ada bedah hidung jugak ke?
Quote gideoncross 16-11-2022 05:28 PM
nakkomenjugak replied at 16-11-2022 05:23 PM
Ohhhh shoottttt sheol baca porum keee??
Hai lana, dah tak balik ke homeland laki keeeee??
Dulu kemai ...

Aiol sllu ada rsa tkut tngok kat org yg suka alter2 muka ni.
Quote Dzahin_poch 16-11-2022 05:48 PM
flipolivio replied at 16-11-2022 05:25 PM
nose cancer ni punca nya apa? dia ada bedah hidung jugak ke?

I pon x tau punca apa.. tapi my patient dulu ada yg kena tongue cancer due to her braces keep harm her tongue. Asik ulcer je n dia pon xnak bukak braces tu sanggup hadap ulcer dari nak bukak braces, end up ulcer tu jadi cancer n dia pon passed away beberapa tahun lepas.
Quote teddy_girl04 16-11-2022 06:02 PM
jangkitan sbab buat pembedahan ke?

bahaya juga ye
Quote rosedemon 17-11-2022 09:58 AM
iyelah kak. tetaplah desa muka engko
Quote Suchi 17-11-2022 10:03 AM
Dzahin_poch replied at 16-11-2022 05:48 PM
I pon x tau punca apa.. tapi my patient dulu ada yg kena tongue cancer due to her braces keep harm ...

Seram baca nih tadi baru baca berita psl akak kat kontan yg kena kanser lidah tu. sian masih muda dah takleh ckp. Dia kata asalnya kena ulser yg lambat baik.
Tak tergambar sakitnya dia menanggung sbb lama dia takleh makan tu.
Penah gak lidah luka terkena gigi skrg gigi tu pun dh cabut.
Quote slyfynx 17-11-2022 10:08 AM
Menurut Lana, sudah empat kali dia melakukan pembedahan bagi membetulkan hidungnya agar ia kembali normal.


And THAT'S your normal?
Quote kakakgarang 17-11-2022 10:59 AM
tepek gamba latest pls
Quote SedihPedih 17-11-2022 11:04 AM
1st time tau kena jangkitan tu jd tirus. Mmg ilmu tinggi ni...haha
Quote noorhairiahma 17-11-2022 11:34 AM
Lana dan cerita pasal hidung, tak pernah dipisahkan. asal ada cerita pasal dia ni je, mesti pasal hidung.
Quote nawtylulu 17-11-2022 11:41 AM
hahaha cmni rmai la org hidung pesek nk kne jgkitan, free2 blh mncung.. apo laaa alasan..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.039305 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top