CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Bertanding, Calon PH Padang Serai Meninggal Dunia

16-11-2022 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2971| Komen: 34

Foto: Kosmo


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya disahkan meninggal dunia sebentar tadi akibat serangan jantung.

Lapor portal Free Malaysia Today, perkara itu disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 16-11-2022 04:02 PM
inna . eh . sorry. rest in peace
Quote xanderz 16-11-2022 04:21 PM
Edited by xanderz at 16-11-2022 04:27 PM

Calon PH kerusi Padang Serai M Karupaiya meninggal dunia

PETALING JAYA: Calon PH kerusi Parlimen Padang Serai M Karupaiya meninggal dunia.

Calon PH kerusi Padang Serai M Karupaiya meninggal dunia© Provided by Free Malaysia Today


Berita itu disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.“Saya boleh sahkan beliau meninggal dunia. Saya baru dapat tahu kira-kira 15 minit lalu dan masih menunggu berita lanjut,” katanya kepada FMT. Tambahnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemergian Karupaiya. Ketua Polis Daerah Kulim, Redzuan Salleh berkata, Karupaiya menghembus nafas terakhir pada jam 2.27 petang tadi di Hospital Kulim.

“Kami masih belum mengetahui punca sebenar kematian dan kami maklumkan perkembangan terkini. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,”katanya kepada FMT.

Karupaiya yang mempertahankan kerusi itu untuk penggal kedua berdepan saingan enam penjuru apabila dicabar calon Barisan Nasional, C Sivarraajh, Azman Nasrudin daripada Perikatan Nasional, Hamzah Abdul Rahman (Pejuang), Bakri Hashim (Warisan) dan calon bebas, Sreanandha Rao. Ahli PKR itu memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada pilihan raya umum 2018 selepas menewaskan Leong Yong Kong daripada MCA dan calon PAS, Sobri Osman.


sumber : Free Malaysia Today






Quote TOPwind 16-11-2022 04:28 PM
kurang satu bontot kuali, tapi kuil haram tetap akan ada lagi
Quote JunkMail 16-11-2022 04:36 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun.
Bagus jugak meninggal sebelum. Kalau meninggal sehari selepas mengundi dah tu menang pulak.. tak memasal kena buat pilihanraya kecil pulak.
Quote Thanatus 16-11-2022 04:50 PM
JunkMail replied at 16-11-2022 04:36 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun.
Bagus jugak meninggal sebelum. Kalau meninggal sehari selepas mengun ...

yg ni pun kena buat pilihanraya kecil jugak. kawasan parlimen tu tak mengundi sabtu ni kalau ikut election law ni.
electionLaw.png
Quote bakingsoda 16-11-2022 05:03 PM
kira burn camtu ke kerusi PH atau boleh ganti calon lain ke cemana?
Quote akies 16-11-2022 05:05 PM
Tak sempat.
Salam takziah buat ahli keluarganya
Quote bakingsoda 16-11-2022 05:06 PM
oh kena prk eh, sbb kena buat penamaan calon balik. org padang serai take note,kot2 ada yg nak cancel balik kg sbb tak jd mengundi
Quote tikusmontok 16-11-2022 05:07 PM
Laaa tak payah lah Punah Harapan letak calon, dok ada ramai lagi parti lain. Menang pun padang serai dok takuk tu jugak
Quote amyfaha 16-11-2022 07:10 PM
TOPwind: kurang satu bontot kuali, tapi ...



Bodoh rasis. Acah benci kaum lain last2 tgk jadi kuli bangsa lain jugak
Quote Tunan 16-11-2022 07:49 PM
TOPwind replied at 16-11-2022 04:28 PM
kurang satu bontot kuali, tapi kuil haram tetap akan ada lagi

60 dah
Byk je kuil haram sana sini
Takyah tgu ph perintah
Quote mojarean_X 16-11-2022 07:56 PM
Edited by mojarean_X at 16-11-2022 09:15 PM

Salam takziah pd keluarga mangsa, parti PKR dan penyokong2 mereka. Iols teringat mendiang menyokong usul salah seorang mp umno ke pas nk kawal penjualan arak. Dia ckp masyarakat india byk keluarga terseksa sbb masalah ketagihan arak serta samsu haram
Quote SalenaGomez 16-11-2022 07:58 PM
bakingsoda replied at 16-11-2022 05:06 PM
oh kena prk eh, sbb kena buat penamaan calon balik. org padang serai take note,kot2 ada yg nak cance ...

Boleh la g jenjalan cuti mengundi eh
Quote JunkMail 16-11-2022 08:04 PM
Thanatus replied at 16-11-2022 04:50 PM
yg ni pun kena buat pilihanraya kecil jugak. kawasan parlimen tu tak mengundi sabtu ni kalau ikut  ...

Lahhhhh.... pembaziran betul. Masuk je lah calon baru sekali buat kan senang.
Quote clarizsa 16-11-2022 08:08 PM
I tgh tgk berita
Patutnya kalau dh berpenyakit tu tarik diri la awal
Dh leceh menyusahkan rakyat
Bayangkan yg dh beli tiket bas ke apa ke kan
Takziah
Quote cucuq 16-11-2022 08:28 PM
Salam takziah
Quote azimodin 16-11-2022 08:53 PM
Dengar radio tadi, xleh ganti calon lain.. kena buat penamaan calon semula dengan tarikh mengundi yg baru
Quote Minami2013 16-11-2022 08:58 PM
Edited by Minami2013 at 16-11-2022 12:59 PM
mojarean_X replied at 16-11-2022 11:56 AM
Salak takziah pd keluarga mangsa, parti PKR dan penyokong2 mereka. Iols teringat mendiang menyokong  ...


Baca komen2 kat fb tk kira melayu, cina, india tulis mendiang seorang yg komited. Disukai ramai.
Quote sharlenetexas 16-11-2022 08:58 PM
Calon2 dapat refund duit deposit ke?


Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.197023 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top