CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tiri Dibakar Oleh Anak Tiri Sebab Halang Nak Bunuh Diri, Mayat Melecur Ditemui Masih Bertelekung

16-11-2022 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1278| Komen: 5

Seorang wanita berusia 60 tahun ditemui maut dalam keadaan bertelekung.

Dia dipercayai dibakar oleh anak tirinya sejurus selepas mangsa mendirikan solat subuh.


Aceh Tribunnews melaporkan, insiden yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 11 November lalu dipercayai berpunca selepas suspek, Diana Hasibuan datang ke rumah mangsa, Nurhayati Dalimunthe dan memberitahu bahawa dia ingin membunuh diri. 

Diana dipercayai mengalami tekanan dan kemurungan susulan dilucutkan daripada jawatan sebagai Ketua Pusat Kesihatan Masyarakat Hutagadong yang disandang dari 2013, kira-kira dua bulan lalu.


Suspek (kiri), Mangsa (kanan), Foto: Aceh Tribunnews

Dia kemudian ditempat di Pusat Kesihatan Maysarakat Tanjung Medan di Labuhanbatu Selatan sebagai petugas kesihatan biasa. 

Lebih membuatkannya tertekan adalah tempat kerja tersebut agak jauh dari kediamannya.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Labuhanbatu, Rusdi Marzuki, suspek berang selepas niatnya untuk membunuh diri dihalang oleh mangsa.

Selepas mendengar jawapan tersebut, suspek bertindak menyiram petrol ke tubuh mangsa sebelum membakarnya.

Jeritan mangsa meminta tolong didengari oleh jiran tetangga dan anak tirinya yang lain  namun tidak sempat diselamatkan. 

Mayat mangsa yang masih bertelekung ditemui dalam keadaan melecur. Susulan daripada itu, suspek yang berusia 46 tahun itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Difahamkan, suspek mempunyai hubungan yang baik dengan mangsa malah dia sangat menyayangi ibu tirinya itu namun tidak pasti mengapa suspek nekad bertindak sedemikian. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 16-11-2022 03:43 PM
I rasa dia nak bakar diri, tp mak tiri nak selamatkan dia...tp mak tiri sendiri yg terbakar.
Quote tekken 16-11-2022 03:46 PM
allahuakbar...kesiannya...selepas solat
moga pengakhiran yg baik untuknya di alam sana..
Quote rosedemon 17-11-2022 09:44 AM
semoga sorga la ya
Quote kakikuDibibirmu 17-11-2022 09:44 AM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote Suchi 17-11-2022 09:52 AM
scorpionkiki replied at 16-11-2022 03:43 PM
I rasa dia nak bakar diri, tp mak tiri nak selamatkan dia...tp mak tiri sendiri yg terbakar.


Ini yg sebetulnya, pelik plak bako org yg halang dia padahal dia yg beria2 nak mati
Tp taktaula kalau dia naik giler sbb mcm tgh tertekan sangat kan katanya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.035225 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top