Lazimnya, majoriti individu mengaitkan sifat panas baran dengan kaum Adam. Namun kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini menceritakan hal sebaliknya apabila dia bertemu jodoh dengan seorang wanita yang memiliki sifat sedemikian.
Dalam luahannya, lelaki yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, dia tidak tahan dengan perangai baran isterinya sehinggakan perkahwinan yang dibina sejak tiga bulan lalu dirasakan seperti satu kesilapan. "Aku kenal dia dah lama since zaman universiti, hampir tujuh hingga lapan tahun. Dia hati dia baik, cuma perangai baran dan cepat burst buat aku tak tahan. Dia cepat melenting dan tak boleh kena tegur, semua kena ikut caranya.
"Kalau tak ikut cara dan rentak dia nanti mulalah bergaduh. Aku ni pula tak ada la maksum, bukan 100 peratus sempurna, tapi aku cubalah sabar, lagi-lagi baru tiga bulan kahwin," kongsinya dalam satu luahan yang disiarkan di laman Twitter @twtmalaywedding. Sepanjang usia perkahwinan, pasangan ini terpaksa menjalani hubungan jarak jauh kerana masing-masing mempunyai komitmen kerjaya di negeri yang berbeza. "Lepas kahwin kami belum sewa rumah atau beli rumah lagi sebab keluarga dia ada bisnes dekat Selangor dan aku handle bisnes sendiri dekat Melaka. "Sekarang dia tak bekerja, baru habis masters, dan ada la tolong sikit-sikit bisnes famili dia. Bermakna, punca pendapatan kami adalah daripada aku. Aku tak kisah sebab ia adalah tanggungjawab aku dan aku okay. "Tapi ini bukan pasal duit tapi pasal sikapnya yang baran dan cepat burst. Kau bayangkanlah, dia sangat mudah untuk keluarkan kata-kata maki dekat aku. "Aku tak minta dia sembah cium kaki aku, tapi cukuplah cakap elok-elok dengan aku. Dan perkataan 'cerai', 'lepaskan aku', 'I regret marrying you' senang sangat keluar dari mulut dia. "Aku speechless, apabila aku being unresponsive terhadap baran dia, dia hantar pula borang cerai dekat aku," luahnya. Tambah lelaki tersebut, pernah terjadi satu peristiwa di mana dia dituduh dan dimaki wanita tersebut hanya kerana terpaksa pulang ke Melaka untuk menyiapkan urusan kerja. "Masa aku baru sampai Melaka untuk buat job bisnes aku, dia demam dan keracunan makanan dekat rumah di Selangor, tapi aku memang tak dapat patah balik pada hari sama dan hari-hari seterusnya sebab aku kena settlekan kerja. "Kalau aku tak buat kerja ni, mana nak datang income? Dah lah aku seorang yang kerja. Dia marah aku, maki-maki aku kata aku abaikan dia, padahal aku keep on checking up with her sister, parents in law, call dia, ambil tahu pasal dia. "Dan aku dah minta maaf banyak kali dah sebab aku tak dapat balik. Tapi dia masih marah dan maki-maki aku," kongsinya. Ujarnya, peristiwa tersebut benar-benar membuatkan dia buntu sehingga terfikir sama ada mahu meneruskan perkahwinan ataupun berpisah. "Aku sedih isteri aku senang nak marah, maki hamun aku tapa rasa bersalah pun. Salah ke keputusan aku kahwin dengan dia? Patut ke aku teruskan perkahwinan ni?," soalnya meminta pandangan netizen. Menyusuri komen netizen, rata-ratanya memuji sikap sabar lelaki tersebut namun menasihatkannya agar bertindak menegur sikap isteri demi kebaikan perkahwinan. "Nasihat aku, communicate dulu. Kau sebagai lelaki nasihat apa yang patut. Cerita pasal tujuan sebenar korang berkahwin. Explain baik-baik pasal adab suami isteri. "Bagitahu saja direct apa yang kau tak suka mahupun dia. Berbincang! Then bawa terus jumpa pakar kaunseling "Ini ujian awal kahwin. Syaitan paling benci orang nikah. Jadi bersabarlah, Allah bersama orang sabar. Dalam tempoh setahun kalau tak ada perubahan, it's your call," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
KamikuP replied at 16-11-2022 03:48 PM
Ko cerai je lah noks pompuan mulut puaka ni.. hujung2 nnti dia meroyan le mcm Lufya tiak lecak dan R ...
maharani_gebu replied at 17-11-2022 03:29 PM
faktor paling nyata benda jadi gini sebab PJJ jer...
terjadi pada diri sendiri beb... bila PJJ ni b ...
makita replied at 17-11-2022 07:59 AM
Biasanya lah kan..baik suami atau isteri yg meratip berzikir ugut cerai ni ..bila pasangan dorg yg p ...
ladybugz replied at 18-11-2022 01:09 AM
yg ni i stuju. maybe ada aje pasangan yg mampu pjj wlpn dah lepas kahwin but for me it is not heal ...
ADVERTISEMENT