CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Memang Silap Orang La Dia Curi Telefon' - Mekyun Jejak Pencuri Sampai Dapat!

16-11-2022 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4871| Komen: 20


Tipis harapan untuk mendapatkan semula telefon bimbit yang dicuri.

Namun, berbeza pula kisahnya buat selebriti media sosial, Mekyun apabila dia berjaya medapatkan semula telefon bimbitnya yang dicuri sejak beberapa hari lalu.



IG Mekyun

Jelas Mekyun atau nama sebenarnya, Wee Yun Nee, lokasi telefon bimbitnya itu berjaya dikesan dan dia turut membawa pihak polis ke lokasi tersebut.

Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Mekyun menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram stories.

Katanya lagi, pencuri yang tinggal di sebuah kawasan perumahan itu menyerahkan semula telefon bimbit kepunyaannya sebaik mereka tiba di lokasi.




Dalam pada itu, Mekyun yang terkenal kerana fasih bertutur dalam dialek Kelantan turut merakamkan ucapan penghargaan buat kedua ibu bapanya yang setia menemaninya sepanjang proses siasatan berlangsung.




Sekadar informasi, Mekyun merupakan antara influencer yang aktif di aplikasi TikTok dan Instagram kerana sering berkongsi pelbagai jenis kandungan video kreatif sama ada tentang dirinya, keluarga mahupun kisah-kisah anak muda masa kini.

Setakat ini, Mekyun telah mempunyai jumlah pengikut lebih 200,000 di Instagram manakala di aplikasi Tik Tok pula, pengikutnya telah pun mencecah hampir 650,000.


Sumber: Media Hiburan



Tekan di sini untuk tebus pelbagai produk menarik menggunakan kredit anda di CARI REWARD DAY!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 16-11-2022 03:15 PM
Hahaha...memang silap lah..bapak Mek Yun tu last service bekas Panglima Artileri Roket Senjata, Brig Jen Datuk Wee Han Siew kot....contact of course hujung jari je.. iphone pulak accurate dia punya location find my phone....mana kau nak lari.. ehehehehehhe
Quote Belibis 16-11-2022 03:31 PM
Untung sipencuri..civic ketam jemput depan pagar.
Quote tuttt 16-11-2022 03:49 PM
Kena tangkap tak pencuri ni
Quote bulanbulat 16-11-2022 03:52 PM
Memang salah orangg
Quote missyL 16-11-2022 04:08 PM
Ape rmh besar hadap lgi mencurik
Ssh sgt ke nk jdi jujur

Aritu curik kad org
Terguna smpi 4x
Quote weezerfan 16-11-2022 04:13 PM
Silap org lah dia curi.anak bekas army kot
Quote miracle_forever 16-11-2022 05:48 PM
prince_marhaen replied at 16-11-2022 03:15 PM
Hahaha...memang silap lah..bapak Mek Yun tu last service bekas Panglima Artileri Roket Senjata, Brig ...

wah anak Dato’ ke mekyun ni.. i ingatkan marhaen biasa je. hp yg hilang tu iphone ke? tak silap hari tu ada nmpk dia tunjuk dia pakai z flip 4
Quote immaryjane 16-11-2022 06:13 PM
Si tua yg dpn polis tu ke?
Quote epuepy 16-11-2022 09:27 PM
Nasib bapak dia tak hanta roket letup rumah ko dik. Kalo tak naya je leper rumah ko
Quote epuepy 16-11-2022 09:29 PM
Anyway, suka tgok bonding family  dia. Bapak dgn abg dia sejenis protective kaw2. Mmg masak la sape yg nak kahwin ngn mekyun ni
Quote prince_marhaen 17-11-2022 09:40 AM
miracle_forever replied at 16-11-2022 05:48 PM
wah anak Dato’ ke mekyun ni.. i ingatkan marhaen biasa je. hp yg hilang tu iphone ke? tak silap h ...

Ye...Dato' Panglima tentera bahagian senjata lagi sis...hehehehe.. rasanya iphone sebab dia guna features find my iphone, dah off phone pun still boleh detect location..
Quote prince_marhaen 17-11-2022 09:42 AM
epuepy replied at 16-11-2022 09:29 PM
Anyway, suka tgok bonding family  dia. Bapak dgn abg dia sejenis protective kaw2. Mmg masak la sape  ...

kan..meols pun suka tengok abang2 dia masuk air tapi protective gila dan semua pandai2 semua staright A's & 4.00 pointer each semester...dok umah kecek kelate jahhh... hheehehe
Quote _blackbird 17-11-2022 11:06 AM
ntah la.. aku pon tak paham mcm mana otak org yg mencuri phone jaman now ni berfungsi. huhuhu mmg jenis IQ rendah, bodoh tak boleh repair dah. phone2 zaman skang ni curi ke jumpa phone tercicir ke walaupon iphone pro max latest model pon mmg mcm membazir & buang masa takda mendatangkan faedah pada yg curi / yg jumpa
Quote outcast 17-11-2022 11:08 AM
prince_marhaen replied at 16-11-2022 03:15 PM
Hahaha...memang silap lah..bapak Mek Yun tu last service bekas Panglima Artileri Roket Senjata, Brig ...

Fuhh power bapak dia brid gen.igt. Bisnesman
Quote jiwakacau06 17-11-2022 11:22 AM
prince_marhaen replied at 17-11-2022 09:40 AM
Ye...Dato' Panglima tentera bahagian senjata lagi sis...hehehehe.. rasanya iphone sebab dia guna f ...

abg dia lawyer retis mana xtau...baru ni ada masuk melodi...ingtkan abg dia ja berkerjaya bagus ..bapak dia very simple...baju pn pagoda ja ..xsangka dato hebat
Quote tri-max 17-11-2022 11:23 AM
suka tgk mekyun punya story, jenis gila2 kelakar tp ada message
mak nya muka sweet
apaknya muka garang tapi sweet gak
mek yun ni agak chubby tapi ok jah di mata iols kurus2 pun bukan cantik sgt
Quote kessah 17-11-2022 11:27 AM
hahaahahahahaha weiiiii malunyaaaaaaaaaaaaaa !!! smpai polis dtg dpn rumah wakakakaka
Quote achinto 17-11-2022 01:59 PM
pernah nampak mei yun in real life kat sunway pyramid dok berjalan dengan mak dia. sweet je berjalan pun berpeluk2.
Quote airisa 17-11-2022 02:08 PM
prince_marhaen replied at 16-11-2022 03:15 PM
Hahaha...memang silap lah..bapak Mek Yun tu last service bekas Panglima Artileri Roket Senjata, Brig ...

perghhh ,,, hebat bapak dia .. padan la dia confident je .. suka tgk family bonding depa ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.040585 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top