CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tingkap Diumpil, Roslan Shah Orang Terdekat Cuba Pecah Masuk Kediaman

16-11-2022 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1139| Komen: 4

Roslan Shah cemas apabila kediamannya di Singapura cuba dipecah masuk pada Selasa.

Menurut pengacara itu, kejadian disedari adiknya yang baru pulang dari Bali, Indonesia. Katanya, terlihat kesan umpilan di tingkap koridor rumah berkenaan.



IG Roslan Shah

Dia yang masih trauma dan terkejut memberitahu bahawa tiada penghuni semasa kejadian itu berlaku.

"Kejadian itu baru disedari petang tadi. Adik balik dari Bali kira-kira pukul enam petang, dia perasan ada kesan umpilan di bahagian tingkap bilik koridor.


"Saya baru sahaja pulang dari percutian pelayaran di Kuala Lumpur bersama Datuk Seri Alif Syukri," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Roslan memaklumkan polis kini sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti suspek terlibat.

"Buat masa ini masih tidak tahu berapa barang yang hilang sebab polis tengah lakukan siasatan untuk dapatkan cap jari memandangkan bilik adik ada peti besi," katanya lagi.




Roslan bagaimanapun tidak menolak jika perbuatan itu dilakukan orang terdekat kerana ini bukan kali pertama ia terjadi.

"Saya rasa ini kerja orang yang dekat dan yang kenal saya. Sebab siapa lagi yang tahu saya duduk di mana dan aktiviti saya.

"Sebelum ini ada orang tabur garam dekat depan rumah kali ini orang cuba pecah masuk pula," ujarnya.

Dalam pada itu, Roslan juga menitip pesan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang perkongsian di media sosia sekiranya hendak ke mana-mana kerana akan membahayakan diri sendiri dan harta benda.

"Nasihat saya kalau nak keluar rumah tak perlu nak update nak ke mana, bahaya!" kongsinya.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 16-11-2022 02:50 PM
okay next....
Quote KamikuP 16-11-2022 03:50 PM
okay baiklah
Quote prince_marhaen 16-11-2022 04:52 PM
nasib baik perompak tak mati terkejut kalau ciklan ada dalam rumah sambil telanjang ...buta mata bernanah.. hahahahaha
Quote umbut 16-11-2022 06:04 PM
Zzzzzzzzzzzzz

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.027699 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top