Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mendedahkan parti yang diasaskannya itu terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri semata-mata untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi mengembalikan pentadbiran negara kepada parti yang bersih, tanpa salah guna kuasa dan korupsi.
Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata, tiada siapa pun termasuk orang kaya yang mahu membantu dan menderma wang kepada parti baharu itu kemungkinan disebabkan situasi ekonomi yang tidak menentu. “Apa yang saya terpaksa buat adalah menjual saham saya semata-mata untuk bertanding,” katanya dalam sidang akhbar selepas memberi ceramah Negarawan Bersama Dr. Banjir Gegar Ampang, Pangsapuri Nilam, Bandar Baru Ampang, malam ini.
Beliau hadir bersama isteri, Tun Dr. Hasmah Ali dan calon Pejuang bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Mohd. Rafique Rashid Ali dan calon Parlimen Ampang, Nurul Asyikin Mabahwi. Terdahulu dalam ucapannya, beliau mendedahkan ketika zaman pentadbirannya, Perdana Menteri dan Menteri tidak memiliki sumber kekayaan yang banyak berbanding semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas dirinya meletakkan jawatan. “Zaman saya mereka tak kaya,” katanya. Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) mengakui hidupnya sebagai Perdana Menteri memiliki kelebihan sebagai penjawat awam seperti diberi dua atau tiga kereta, boleh menggunakan pesawat kerajaan untuk pergi ke mana-mana termasuk luar negara atas faktor kerja. “Bahkan bil air, elektrik dan cukai tanah juga ditanggung kerajaan. Saya adalah menyimpan sikit-sikit dan beli rumah tapi tidaklah sampai kaya raya. “Seorang lagi Menteri yang sudah meninggal dunia juga begitu sampai berebut harta,” jelasnya. Dalam pada itu, Dr. Mahathir menambah, beliau juga pernah berhabis wang demi untuk perbelanjaan PRU. “Terpaksalah keluar sedikit demi memastikan medan PRU ini digunakan untuk menukar kerajaan. “Kita bukan hanya nak menang di Ampang tetapi lebih 112 kerusi supaya boleh tubuh kerajaan,” katanya. Sumber: UTUSAN |
Orix replied at 16-11-2022 11:56 AM
love you, Tun ! Semoga GTA / Pejuang menang esp di Sepang, Tg Karang dan bbrp tempat lain
shernazz replied at 16-11-2022 12:10 PM
Tg karang lando bertanding kan
Harap menang
Orix replied at 16-11-2022 12:14 PM
yup... iols harap sgat DP Che Asmah tu menang kt Sepang... untung org Sepang kalau dpt dia...
grouper replied at 16-11-2022 12:00 PM
Sbb dia kwn baik paksu mid rasa mcm nak sokong plak parti pejuang ni
shernazz replied at 16-11-2022 12:17 PM
Che asmah mmg orang asal situ ke uols?tu la..sebelum ni sapa.tah ya g suka provok2.tu..orang pas k ...
marvelez: Sokong lah Pejuang. Org2 nya terdiri ramai dari org NGO yg mmg ikhlas nak berkhidmat sbbtu diorg join NGO. so Tun ambil org2 mcm ni utk masuk politik ...
Orix replied at 16-11-2022 03:56 AM
love you, Tun ! Semoga GTA / Pejuang menang esp di Sepang, Tg Karang dan bbrp tempat lain
Kak-Rohana replied at 16-11-2022 12:22 PM
Org tak nak derma sbb org nk ko berehat.. sudah2 la asyik muka ko je. Your era is over and long over ...
Orix replied at 16-11-2022 12:21 PM
sheols duduk Sepang 20 tahun rasanya, tak pasti dia asal mana...
Orix replied at 16-11-2022 12:28 PM
Atok banyak je dapat dana masa dia dalam Bersatu. Tak pelik ke mana PN boleh dapat dana banyak2 un ...
gigahertz replied at 16-11-2022 12:26 PM
Tun ni kalau dia jadi PM tapi tanpa DAP dia OK Je .
masa DAP jadi kabinet TUN bunyi berdecet pun t ...
Kak-Rohana replied at 16-11-2022 01:10 PM
Dengor kata atok byk NGO support bethol ker?
gigahertz replied at 16-11-2022 12:27 PM
Tun sama sekali tak akan bagi Anwar jadi PM
Orix replied at 16-11-2022 05:46 AM
sbb DAP ada 48 kerusi di parlimen. kalau atok bunyik 48 MP tu nnt tarik sokongan atok as PM mmg ab ...
ADVERTISEMENT