Kisah percintaan seorang wanita, Brooke Dostillio yang hanya berketinggian paras dada teman lelakinya, Dylan Painter mencuri perhatian ramai.
Berkenalan dua tahun lalu, Brooke memiliki ketinggian 152 sentimeter (sm) sahaja. Teman lelakinya pula berketinggian lebih 207 sm, sekali gus membuatkan mereka kelihatan unik sewaktu berdiri bersebelahan. "Kami dah terbiasa dengan perbezaan ketinggian ini. Saya memang pendek dan semua orang tinggi pada saya. "Dylan pula terlalu tinggi sehingga semua orang kelihatan pendek untuknya. Tapi itu semua tak penting.
"Tapi orang biasanya memang terkejut bila lihat kami," ujar Brooke yang berasal dari Amerika Syarikat (AS). Bercerita lanjut, Brooke berkata ada individu bertanya sekiranya mereka berdepan masalah ketika melakukan seks kerana perbezaan ketinggian itu. "Orang biasanya komen mengenai perbezaan ketinggian kami, kerana Dylan terlalu tinggi. "Ada juga yang tanya bagaimana hubungan kami diteruskan, adakah perbezaan ketinggian beri kesan kepada hubungan intim. Tiada apa-apa kesan pun. "Tapi kami rasa lucu. Apabila kami dedahkan mengenai hubungan ini, kami tahu orang akan komen hal-hal tersebut," ujar Brooke yang masih menuntut di sebuah universiti. Brooke berusia 25 tahun manakala Dylan, seorang pemain bola keranjang berusia 24 tahun. Mereka kini tinggal di Jerman yang mana Dylan bermain untuk pasukan Trier Gladiators, lapor Daily Star. Sumber: mStar |
shernazz: Rasa ingin tahu meluap2 kot..Sebab tinggi sangat kan..HahahaDepa dok terbayang2 lettew
green~tea replied at 16-11-2022 12:30 PM
ape yang aneh nya sangat.. maseh species manusia kan... patut lebih kesian pada puak2 micropenis tu ...
ADVERTISEMENT