Seorang lelaki berusia 20 tahun telah ditahan polis selepas disyaki cuba membunuh adik perempuannya. Daily Star melaporkan, niatnya adalah semata-mata untuk melakukan hubungan seks dengan mayat mangsa.
Mangsa yang berusia 18 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat ditikam dan kini sedang dirawat di Pusat Perubatan Meir di Israel. Semasa soal siasat, mangsa memberitahu bahawa suspek telah masuk ke dalam bilik tidurnya pada waktu malam sebelum dia tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau. Suspek bertindak agresif dengan menikam kepala mangsa namun sempat melarikan diri.
"Saya berlari keluar dari bilik, kalau tak dia akan membunuh saya. Saya tidak tahu apa yang berlaku terhadapnya." Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku bertindak sedemikian kerana dia merupakan peminat filem necrophilia. Peguam yang mewakili mangsa mendakwa suspek mempunyai masalah mental sejak beberapa tahun lalu dan kini suspek dimasukkan ke hospital psikiatri untuk penilaian kesihatan bagi menentukan statusnya. Hasil semakan, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. -CARI |
kakikuDibibirmu replied at 17-11-2022 09:43 AM
tikusmontok replied at 17-11-2022 10:30 AM
Boleh tak tolong jgn post gambar ni lagi?
tikusmontok replied at 17-11-2022 10:30 AM
Boleh tak tolong jgn post gambar ni lagi?
ADVERTISEMENT