Remy Ishak dan isteri tercintanya, usahawan Ezza Yusof meraih perhatian ramai yang seakan ‘cemburu’ melihat gelagat pasangan sejoli ini yang tampak sangat manis bersama.
Ia ekoran sebuah video yang dikongsikan oleh Ezza mengikut trend lagu TikTok trending ‘Aduh-du-duh Berhenti Jantungku’ lagu asal tajuk Malu-Malu nyanyian V1RST dengan meletakkan gambar-gambar selfie mereka mengikut rentak lagu. “Gambar 2021. Follow the trend,” tulisnya di kapsyen video berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut Ezza yang teruja melihat pasangan ini tampak sangat saling mencintai sehingga tidak henti tersenyum.
Sekadar info, Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof berkahwin pada 21 Ogos 2021 di sebuah majlis tertutup. -CARI
|
makton replied at 17-11-2022 02:24 PM
aku rasa mcm couple ni boring betul. tak nampak loving
ADVERTISEMENT