CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Tak Boleh Bernafas Dengan Tenang Tengok Kemanisan Najwa Latif Dan Akwa Arifin Menyanyi Bersama

16-11-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1961| Komen: 16

Minggu lalu kecoh di media sosial, apabila penyanyi terkenal, Najwa Latif telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya yang juga penyanyi rap, Akwa Arifin.


Berita gembira itu pastinya membuatkan peminat pelantun lagu Kosong itu berasa teruja selepas setelah sekian lamanya merahsiakan hubungan percintaanya dengan Akwa.

Foto: IG

Terbaharu, pasangan yang baru bergelar suami isteri itu sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila tampil membuat satu perkongsian di laman Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Najwa dan Akwa kelihatan sangat comel dan manis apabila dilihat sedang menyanyi bersama.




Menjengah ke ruangan komen perkongsian itu, rata-rata peminat meluahkan rasa comel apabila melihat nyanyian yang cukup manis itu malah ada juga yang berseloroh mengatakan mereka tidak boleh bernafas dengan tenang melihat pasangan ini. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 16-11-2022 10:42 AM
Hopefully xbyk sgt sharing moment gini kt medsos. Nnt wartawan xbertauliah bukak tered hari2 sampai xdak dosa apa pn acik2 porum benci btw bersemutttttttttttt
Quote elzy 16-11-2022 11:32 AM
Siapalah peminat yang tak boleh bernafas tu, kesian betul ..
Quote cikatilia 16-11-2022 12:29 PM
masuk sepital ke peminat tu?
Quote doubleharmonic 16-11-2022 04:19 PM
kena lenyek lori babi ke peminat tu sampai tak boleh bernafas dengan tenang?
Quote SherryZass 16-11-2022 04:24 PM
dah nazak ke pemenat yg tak boleh bernafas tu?
Quote kepompong 16-11-2022 04:27 PM
semut tak datang manis2 tu masuk dlm diri pemenat tahap diabetes pastu kena komplikasi buah pinggang air dah sampai jantung sampai tokleh bernafasssss . terpaksa buat tapak dialisis  & buat appointment cuci darah baru boleh bernafas
Quote Hoola 16-11-2022 04:29 PM
Achik bole bnafas lg
Tp sodap lagu ni
Moga crush acik sudi bduet satu hr nmti
Quote xtravaganza 16-11-2022 04:39 PM
Sweet tp xdela smpi xleh bernafas.. Masih la okey
Quote dewi_rina 16-11-2022 04:50 PM
alah meluat tak bernafas bagai, dulu bersemut.. hello zaman dah berlalu nak bersemut tak bernafas bagai ni

grow up
Quote jihyomelly 16-11-2022 04:56 PM
dia dah kawin xpe la nak suwit2 yg xleh ber nafas bagai tu apa ke hal? kena covid ke sesak nafas?
Quote arwenlotr 16-11-2022 05:07 PM
Gila tajuk
Quote hareeeesah 16-11-2022 05:07 PM
Ada-ada je la bbnu ni.. xleh nafas plak dh.
Quote rayray28 16-11-2022 05:09 PM
Iols suke tgk dia dua ni..wawa time kahwin naik seri betul laa..comel betul..moga bahagia bersama2 selamanya..aishh sukee tgk
Quote rosedemon 17-11-2022 09:51 AM
dua2 baik so i maafkan. silalah bersemut smentara masih baru2 ni khuenss
Quote slyfynx 17-11-2022 10:06 AM
Tajuk mcm budak2 tadika.
Makin hari makin benak semua thread bukak bersemut la, terhibur la, teruja la.
Mmg keje kome stalk IG and up semua ape yang "retis" pos ke?

Karang ade lak seketul lagi yang bukak thread SAMPAH, pastu hati tisu.
Siap salahkan laman web yang die curi artikel sbb buat artikel tu.
Quote insyi81 18-11-2022 01:07 AM
sapelah yg adore sgt dgn depa sampai x leh bernafas tu..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.209301 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top