CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Sidek Kecewa Teruk! Tak Ramai Pengikut Nak Tolong Undi, Punca Lagu Tak Layak Ke SFMM37

16-11-2022 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2040| Komen: 18

Impian komposer dan penyanyi Aiman Sidek untuk melihat karyanya berada pada tahap lebih tinggi terkubur selepas lagu Cinta Sejati gagal ke Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37 (SFMM37).


Lebih memeritkan kata Aiman, kegagalan tersebut berlaku gara-gara tiada undian dalam carta Muzik-Muzik meskipun Cinta Sejati pernah menjadi juara carta di beberapa buah radio.

Sedangkan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Aiman dan dinyanyikan secara duet bersama adiknya, Alin Sidek mencatat jutaan penstriman dalam platform digital serta YouTube.


Foto: IG

“Impian terkubur lagi, walaupun juara carta di beberapa radio dan hampir 10 juta tontonan YouTube dan dua juta menerusi platform digital tapi Cinta Sejati tiada undian dalam Muzik-Muzik.


“Saya tiada cukup pengikut untuk mengundi. Saya cuba pelbagai cara tapi tak tahu macam mana nak tarik peminat supaya ada impak bila berkaitan undian,” katanya.

Biarpun bersedih kerana lagu tersebut gagal membolosi peringkat SFMM37, Aiman tetap bersyukur kerana Cinta Sejati diterima baik pendengar muzik tanah air.



Penyanyi lagu Bunga Dhia itu berharap dapat menarik lebih ramai peminat untuk karya-karya ciptaannya yang akan datang.

“Selama 13 tahun saya cuba pelbagai cara. Alhamdulillah Cinta Sejati akhirnya diterima, ini satu perjalanan yang panjang.




“Saya sedih sebab tidak tahu bila lagi karya saya akan diterima seperti Cinta Sejati.

“Harap suatu hari karya nanti saya dapat menambat hati pendengar untuk ikut dan mengundi lagu-lagu saya dalam semua platform,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 16-11-2022 10:28 AM
tak kenal pun... cuba lagi yer
Quote imransulaiman 16-11-2022 10:31 AM
Alahai kesian... Cuba tawan hati forumer CARI dulu...in Sha Allah beroleh kejayaan...
Quote cruz2 16-11-2022 10:52 AM
Tk perlu sedeh2.bukan sedap pon sesetengah lagu yg layak sampai hingga final AJL tu .hype lebih,kontroversi sikit2 di tambah dgn penyanyi yg pandai cari publisiti senang la lepas semua peringkat. Pengundi tk kenal susah la walau lagu sedap.tv3 pulak semestinya nk jaga rating
Quote duri_durians 16-11-2022 11:01 AM
lagu Cinta Sejati ni sedap. mula dgr ingatkan lagu Indo. sbb suara adiknya mirip penyanyi indo. takpa tak penting pun masuk muzik2 tu.
Quote Cokoro 16-11-2022 11:30 AM
sbb tu lah format muzik2 ni kena tukar lah. tgk kbs music bank tu cmne dorg kira undian. kdg2 lagu gitu je, tp sbb peminat gigih undi, dptlah masuk sfmm. lpstu juri trpaksa pilih lagu yg tak seberapa utk jdi juara lagu. kalu dulu ye lah, lagu popular seiring dgn lagu yg bagus. skrg ni kan dh byk platform, mm pun kena tukarlah format yg dh berpuluh2 tahun tu.
Quote syitaeyqa 16-11-2022 11:36 AM
lagu dia best. dulu masa dia baru join dunia seni ada satu lagu dia pun best. Cinta sejati. syg sgt populariti lagu dia tak membantu. harap satu masa boleh jd mcm ernie zakri
Quote dekmieDandy 16-11-2022 11:56 AM
lagu kempompong jadi rama-rama ni kan

selalu dengar kat suria fm je, radio lain macam kurang pasang
Quote Moriess 16-11-2022 12:09 PM
Tak kenal penyanyinya bila check YT lagu quite familiar. Biasa  dengar kat TT.
Quote diamondhoney 16-11-2022 12:12 PM
Lagu2 heols ada vibe nasyid gitu..nasyid cintan cantun maksud iols..ala2 inteam unic zaman theyols mendunia
Quote Lavender_Violet 16-11-2022 12:13 PM
Tak hensem. Noktah
Quote pembacagosip 16-11-2022 12:16 PM
dekmieDandy replied at 16-11-2022 11:56 AM
lagu kempompong jadi rama-rama ni kan

selalu dengar kat suria fm je, radio lain macam kurang  ...

laa dia ke penyanyi lagu tu
sedap lagu ni...bait lirik pun ok
moga ada rezeki lain
Quote dolladolla 16-11-2022 12:22 PM
Muzik2 kne ubah format bahagikan kepada 2:
1)50% undian
2)50% penstriman digital
So kita boleh tengok artis mana yg hebat pada undian tapi digital hauk atau hebat pada digital tapi undian hauk atau hebat keduanya atau hauk keduanya..barulah telus tak ada pertikaian. Ini tak duklah zaman dinosour.
Lagi satu yg x best mentang2 org tu muka AJL seolah2 mmg kena WAJIB setiap tahun muka diaaaa msk AJL padahal lagu sendu je pun..
Quote sr10 16-11-2022 12:26 PM
ku sangka kan lagu indo. maap ya. sebab tu industri hiburan ni kena ada pakej. kalau tak syok sendiri ja. tapi ramai yang indenial. pastu sendiri meroyan salahkan orang lain
Quote doubleharmonic 16-11-2022 12:26 PM
whoareyousss berangan nak masuk ajl persis kelly zeman tapi hauk sendu yihhhhh
Quote sleepandream 16-11-2022 12:34 PM
AJL je pun...
makin sendu jah anugerah ni...
penyanyi2 otai pun kowser nak masuk bertanding dah..
dolu2 ye la...
now lagu yang menang pun iols tak pernah dengar... dah menang baru radio duk main ulang2 seminggu tu jah...
Quote HelgaPataki 16-11-2022 12:36 PM
Patutnya dia upah geng2 nizersss utk settlekan bab mengundi huhu
Quote akuHavocczz 16-11-2022 12:59 PM
bayar lah.. kalau bayar iols sanggup 24/7 duk hadap website tu vote lagu chuols
Quote rosedemon 17-11-2022 09:48 AM
sedaplah lagu nii

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.138880 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top