CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mona Allen Sanggup Gemuk Asalkan Anak Cukup Bekalan Susu Badan

16-11-2022 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2750| Komen: 22

Bagi memastikan bayinya mendapat nutrisi secukupnya, pelakon Mona Allen memberitahu dia sangat menitikberatkan soal penyusuan untuk Petra Pekin.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 36, berkata dia mencuba pelbagai cara untuk memastikan susu badannya sentiasa mencukupi kerana tidak sanggup melihat Petra menangis kelaparan.


Foto: IG

"Selagi ada susu dibadan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu. Biarlah mummy terpaksa minum dan makan banyak untuk pengeluaran susu yang optimum, janji kamu ceria dan sihat sentiasa. Biarlah mummy terpaksa berjaga malam untuk menyusukan kamu, janji kamu tidak menangis kehausan.


"Biarlah mummy duduk berjam-jam lamanya, janji kamu selesa menyusu dalam keadaan begitu. Biarlah mummy bawa kamu ke sana ke sini, janji kamu tidak putus susu dgn mummy," katanya.

Mona berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.



Bukan itu sahaja, Mona juga mengaku bukan mudah menyusukan anak lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan masalah kekurangan susu badan.

"Ya. Mummy mengaku penyusuan bukan semudah ABC. Bila susu drop. Mummylah orang yang paling sedih dan susah hati," katanya lagi.

Bagaimanapun, Mona bersyukur apabila suaminya iaitu Pekin Ibrahim, 41, sentiasa menghulurkan bantuan dan sentiasa berada di sisi.

"Mujur Daddy banyak membantu. Daddy selalu urut belakang Mummy untuk memperbanyakkan penghasilan susu. Daddy juga sentiasa belikan mummy makanan yang sedap-sedap.

"Bila mummy terlelap, daddy biarkan mummy rehat dan tidur sebentar. Daddy mengerti, ini perjuangan mummy. Daddy sentiasa support mummy. Terima kasih Daddy!," kongsinya.



Dalam kesempatan itu juga, Mona turut berharap agar terus diberi kekuatan dalam memberikan yang terbaik buat anaknya selain memberi semangat kepada ibu-ibu di luar sana.

"Ya Allah. Kau murahkanlah rezeki susu buat anakku. Kau kuatkan kudratku untuk terus memberi susu yang terbaik buat anakku. Hindarkanlah perkataan malas dalam diriku dan kau berilah kesihatan yang baik untukku terus menjaga anakku.

"Anda ibu menyusukan anak? Jangan putus asa ya, sebab kita ibu yang hebat," ujarnya.



Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga bersama Pekin pada 7 Disember 2018 dan mereka dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Ogos lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annabellaruz2 16-11-2022 10:22 AM
comel betul si petra ni... geram tengok pipi dia.
Quote Lorra2411 16-11-2022 10:23 AM
comelnyaaaaa...
Quote freyayong 16-11-2022 10:26 AM
gebu gebassss
Quote ayukpingu 16-11-2022 10:30 AM
gemuk pun cantik
Quote Lily_Elizabeth_ 16-11-2022 10:34 AM
Comeynya!!!!!!
Quote nanasno 16-11-2022 10:38 AM
ei gebunya dikkkk. mona ni cantik la
Quote hotmak 16-11-2022 10:39 AM
comel debab, takpe mommy bukan u sorang yg berusaha nak terbaik untuk anak, semua mak pun mcm tu
Quote elzy 16-11-2022 11:33 AM
Suka tengok Petra, comel sungguh!
Quote hanihan16 16-11-2022 11:36 AM
eh ayat muna pasal penyusuan ni sebijik2 yang i baca kat fb tapi tak ingat page apa sebab i follow byk jugak page breastfeeding ni. tak tau lah sape meniru ayat sape
Quote babelina 16-11-2022 11:52 AM
tula kn.. bila lama mengidam zuriat..sanggup apa2 utk ank tu.. moga sihat2 selalu dan dpermudahkn urusan dlm membesar kn ank..
Quote uda 16-11-2022 04:12 PM
Kena makan banyak ke nak hasilkan susu banyak?
I kurus dan b..pun tak lah besar tapi Alhamdulillah dapat menyusukan anak hingga dekat 2 tahun lebih. My weight hanya 38-40 kg masa menyusukan anak. Mak bidan pun rasa pelik, sebab dia tenguk b.. kecik. langsung dia kata 'oh...tangki cepat refillah ni'!'

I cuma makan makanan yang berkhasiat, tak pantang dan banyak minum susu dan air. Juga makan jantung pisang dan ulam pegaga semasa dalam pantang.
Apa2 pun tekat kena kuat.
Quote Bihungoreng 16-11-2022 07:27 PM
Alahai.. u cantik mona allen.. sebelum kawen dgn pekin uols mak anak dua kan.. kalu sebelum ni uols boleh kurus persis anak dara xmustahil yg ni pon sama…
Quote doubleharmonic 16-11-2022 07:51 PM
sanggup ke jadi gemok gundu kepam macam tin my berlemoih?
Quote Chah21 16-11-2022 08:02 PM
Bagus mona ni.. dia cari org betul2 berilmu bab ni utk capai matlamat.. x mcm artis2 yg jual ubat tmbh susu la apela hujung2 bg formula
Quote Nenolen 16-11-2022 08:03 PM
masyaallah..comel gebu baby Petra...gerammmm acik...
Quote Chah21 16-11-2022 08:05 PM
uda replied at 16-11-2022 04:12 PM
Kena makan banyak ke nak hasilkan susu banyak?
I kurus dan b..pun tak lah besar tapi Alhamdulillah d ...

Ikot pd baby u.. i ada baby yg menyusu setiap 40 minit,n baby yg susu setiap 4 jam lain rasa laparnya.. n i kuat mkn.. beza yg kuat susu dgn yg biasa je.. n btul part b x menentukan jumlah susu.. teknik betul,semua ibu sihat leh bg susu
Quote DeLuna85 16-11-2022 09:43 PM
Gebu betul anak dia. Mona tetap cantik walau gemuk. Tapi Tak gemuk mana pun. Standard orang lepas bersalin.
Quote jointhecurse 16-11-2022 09:55 PM
Chah21 replied at 16-11-2022 08:05 PM
Ikot pd baby u.. i ada baby yg menyusu setiap 40 minit,n baby yg susu setiap 4 jam lain rasa lapar ...

Setujuu.....
Quote sukacactus 16-11-2022 09:56 PM
Baby boy lagi la kuat menyusu
Tu pic kat ats tu la buktinya, pipi bolat!

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.035542 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top