Pernahkah anda terfikir mengapa kedai-kedai serbaneka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pastinya ada rak yang bertimbun dengan pelbagai jenis roti?
Ia ekoran kebergantungan kepada konsep penawaran dan permintaan. Hal ini terbukti dalam satu video tular di TikTok apabila seorang anak jati Sarawak merakam dirinya sedang 'memborong' roti di salah sebuah kedai serbaneka di KLIA. Dalam video itu, lelaki berkenaan yang menggunakan nama @Danielchoo dilihat melambakkan roti ke dalam bakul kerana hendak membeli dalam kuantiti yang banyak.
"Rutin orang Sarawak," katanya pada permulaan video. Roti pertama dipilihnya adalah roti coklat berjenama Gardenia yang diambil sebanyak 20 paket. Kemudian roti berperisa vanila diambil sebanyak lima paket. Sasaran seterusnya adalah roti berperisa 'butterscotch' yang sangat digemari ibu bapanya, namun Daniel seperti tidak dapat menemuinya. Setelah puas mencari dan tidak ketemu, Daniel menggantikan roti butterscotch dengan roti berintikan sambal ikan bilis sebanyak lima paket. Daniel juga sempat memeriksa tarikh luput roti berkenaan kerana risau ia mungkin sudah hampir memandangkan roti biasanya tidak boleh disimpan lama sebelum meneruskan pencarian untuk roti berperisa jagung pula. Selain itu, Daniel memberanikan diri untuk mencuba beberapa roti baharu yang tidak biasa dibelinya dan semuanya diborong tanpa rasa ragu-ragu. Tiba masa untuk membayar barangan yang diambil di kaunter, skrin monitor juruwang yang tertera logo Malaysia Airports menunjukkan keseluruhan harga roti tersebut adalah RM85.50. Di penghujung video, Daniel memberitahu penonton yang dia masih belum memaklumkan ibu bapanya tentang kepulangannya ke Bumi Kenyalang dan bercadang untuk membuat kejutan. Jika dilewati ruangan komen, ternyata video tersebut menimbulkan banyak tanda tanya kepada mereka yang bukan berasal dari Sarawak. Salah satu komen bertanyakan sama ada roti itu boleh dihabiskan sebelum tibanya tarikh luput. Daniel kemudiannya membuat video balas khusus untuk soalan itu. "Jangan dicabar orang-orang Sarawak ini. My family ada dalam enam orang. "Semua anak buah saya boleh tolong habiskan. Kalau benda itu expired pun, my mom biasa akan cakap baru semalam, jadi boleh makan," katanya. Video itu memberikan lebih banyak persoalan berbanding jawapan kepada warga maya. Beberapa warga maya tertanya-tanya adakah roti Gardenia tidak terdapat di Sarawak hingga diborong seperti itu. Justeru, terdapat beberapa netizen yang tampil memberikan jawapan berdasarkan pengalaman mereka. "Ada, tapi syarikat lain, harga lain, taste pun lain. "Ada (roti Gardenia), tetapi certain mall je yang ada, and mahal gila! Roti yang harga RM0.90 atau RM1 boleh jadi beberapa ringgit lebih. "Roti yang ada dekat Sarawak usually brand yang tak dikenali. Roti mereka pun kering dan tak sesedap Gardenia. "Roti berjenama Massimo ada tetapi Gardenia tetap juga jadi pilihan hati. "KLIA memang sediakan roti itu khas untuk orang Sabah dan Sarawak," kata sebahagian warga maya memberikan penerangan. Sumber: mStar |
fofuler replied at 16-11-2022 11:13 AM
Siapa nak menang pilihanraya boleh cuba buat manifesto buka kilang gardenia dekat borneo, mungkin bo ...
green~tea replied at 16-11-2022 11:57 AM
mmg pun aku tengok orang duk borong roti berbakul2... gardenia ni ada je jual kat sabah sarawak tp k ...
abangadek replied at 16-11-2022 11:21 AM
Gardenia takda kt borneo.. masa study sana dulu pn kwn2 angkut roti Gardenia sini banyak2.. i koserl ...
ADVERTISEMENT