Musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah komposer, penerbit lagu, dan salah seorang ahli kumpulan V.E, Damian Mikhail.
Dia menyuarakan isu politik yang berlaku dalam negara menerusi hantaran di Insta Story. Damian menyifatkan politik dalam negara adalah perkara yang melalaikan dan telah memecahkanbelahkan masyarakat. Akui penat dengan ‘drama politik’, Damian turut menyatakan bahawa dia hanya akan keluar mengundi secara diam-diam dan tidak berkempen terhadap mana-mana parti politik. Sumber: Murai |
ADVERTISEMENT