CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu 'Meraung' Anak Pecahkan Lebih Seratus Telur Ayam Nak Dibuat Murtabak, Siap Buat Mandi

15-11-2022 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4399| Komen: 54

Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang bermandikan lebih seratus biji telur ayam yang dipecahkan olehnya bikin orang ramai ‘pening’.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @rais_murtabak_kadok yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut menyaksikan aksi riang anak perempuannya memecahkan lebih seratus biji telur yang akan digunakan bagi membuat murtabak untuk dijual .

Bagaimanapun, ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut menzahirkan rasa reda di ruang kapsyen dengan menulis ‘anak oh anak, sabar sahajalah, telur sudah menjadi bubur’.


Foto: tiktok

Sejurus video itu telah tular, majoriti besar orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah memahami perasaan sang ibu tersebut apatah lagi telur sangat sukar untuk diperolehi sekarang kerana dipercayai kekurangan stok.


“Ya Allah anak, bukan mudah hendak dapat telur sekarang, menangislah emak awak adik, sabarlah kakak, budak cerdik memang banyak telatahnya,” komen seorang pengguna TikTok.

“Allahuakhbar, kena sabar yang paling tinggi buat ibu bapa dia, telur dekat sini susah dapat tetapi awak boleh mandi telur ye? Tinggal masuk dalam kuali sahaja ni, comel sungguhlah telatah budak-budak,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“Telur ibarat perkara penting dah sekarang adik, awak boleh sampai seratus lebih biji telur awak pecahkan dan buat mandi, bertuah sungguh la budak kecik ini,” usik pengguna TikTok itu.



Sementara itu, terdapat juga orang ramai yang lebih memikirkan bagaimana cara hendak membersihkan telur-telur yang telah dipecahkan itu kerana pastinya akan meninggalkan bau yang hanyir dan kurang enak.

“Kalau aku menangis bukan sebab susah dapat atau harga telur tetapi sebab kena bersihkan, itu yang tidak sanggup dengan bau hanyir lagi, nasib bukan anak aku, anak duhai anak,” tulis pengguna TikTok itu.



“Telur memang susah hendak dibersihkan, sudah bersih pun akan ada lagi bau hanyir dia. Memang boleh menangis masa hendak bersihkan ini,” kongsi pengguna yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 400,000 tontonan, 15,100 tanda suka dengan 2207 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen daripada orang ramai. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekngucing 15-11-2022 05:53 PM
poco poco sekali....
Quote pp_gurl 15-11-2022 05:54 PM
camne nk ilangkan hanyir telur tu? ya ampun...
Quote bakingsoda 15-11-2022 05:59 PM
kos marketing = 3 1/3 papan telur
Quote jazaa100 15-11-2022 06:02 PM
bakingsoda replied at 15-11-2022 05:59 PM
kos marketing = 3 1/3 papan telur

Lebih kurang rm55....
Quote .HannahMontana. 15-11-2022 06:05 PM
mak ko xajar ko ke jangan masuk dapur

xkenal barang mainan dengan makanan

ingat mak bapa ko kaya ???

salah pundekkk bapak ko
Quote ina_na 15-11-2022 06:15 PM
Ade anak kecik mmg x leh lepa skt pun..Kalo dia diam tu ade la keje dia bt..
Quote green~tea 15-11-2022 06:32 PM
Ibu tu should just blame urself je.. apsal tak letak kat tempat budak2 susah nakg capai..

Sorry yach.. ive raised 5 boys (my son and nephews).. belom ada insiden camni berlaku.. takat main bedak, tumpahkan makanan tu standard la zaman2 diorg kecik
Quote AyeL87 15-11-2022 06:36 PM
tak hanyor ke dikk
Quote uori 15-11-2022 06:38 PM
rakam dilupa jangan
Quote margo20 15-11-2022 06:40 PM
Budak tu siap tanggal baju skali eh nak mandi telur
Quote Perwira2022 15-11-2022 06:43 PM
Demi sesuap content & popularity
Quote white_musk 15-11-2022 06:46 PM
Belum ada yang nak buat konten anak anak koyakkan duit sampai hancur lagi kan
Quote Firenzza 15-11-2022 06:46 PM
Marketing modal telur  sepapan dua....tgok pasni sales ada naik ke x?
Quote Suchi 15-11-2022 06:48 PM
So rakam video dulu ya kak? Kot anak termasuk dlm mulut telur mentah tu kang cirit birit plak dia.
Dahla ko membazirkan telur camtu jer
Quote noor2 15-11-2022 06:49 PM
Fishy betul aku baca..mcm mana budak tu boleh pecahkan semua...demi content dan viral....
Quote Belibis 15-11-2022 06:56 PM
uori: rakam dilupa jangan

Yang pasti jenama produk sendiri kena masuk sekali..mudah2an sales meroket dap.
Quote jihyomelly 15-11-2022 06:58 PM
green~tea replied at 15-11-2022 06:32 PM
Ibu tu should just blame urself je.. apsal tak letak kat tempat budak2 susah nakg capai..

Sorry yac ...

indeed! kena letak tempat tinggi yg anak2 xleh ambik sbb anak2 ni sel tgh berhubung byk project bila senyap..iols anak lelaki 3 org so far xde la yg teruk sgt..normal mcm anak2 org lain jugak
Quote becir 15-11-2022 07:02 PM
Macam menipu je...pfft
Quote sharlenetexas 15-11-2022 07:04 PM
Kucing2 tak pernah tumpahkan kibbles dalam guni.


Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041300 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top