CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Ubah Wajah, Tukar Struktur Tulang- Kejap Nak Jadi Perempuan Kejap Nak Jadi Lelaki

15-11-2022 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1995| Komen: 15

London: Seorang pempengaruh media sosial di United Kingdom yang sebelum ini terkenal kerana mengubah penampilannya kepada wanita Korea kini mengumumkan kembali menjadi lelaki.


Oli London pernah menjadi bualan dunia apabila muncul sebagai wanita transgender Korea, pada Mei lalu.

Berkongsi perkembangan terbaharunya, London berkata, dia kini dalam proses beralih semula kepada seorang lelaki selepas hidup sebagai wanita transgender sejak enam bulan lalu.


Foto: Twitter

"Saya tidak lagi (menjadi) transgender dan sudah kembali hidup sebagai seorang lelaki.


"Saya hargai jika semua orang dapat menggunakan kata ganti nama baharu saya sebagai seorang lelaki. Terima kasih," katanya di Twitter.

London mengakui kesal dikenali sebagai transgender dan keputusan itu satu kesilapan dalam hidupnya.

"Enam bulan lalu saya menjalani pembedahan pada wajah, kira-kira 11 kali dalam sehari, untuk menjadi wanita.

"Saya menukar struktur tulang saya, membuat sambungan rambut, menukar cara pemakaian dan mula memakai alat solek.

"Saya melakukannya kerana saya fikir ia akan menggembirakan saya. Saya berasa gembira pada masa itu tetapi dalam tempoh muhasabah diri, saya merasakan saya mengejar kebahagiaan tetapi sebaliknya menjadi seorang wanita bukan untuk saya," katanya kepada saluran berita Amerika Syarikat.

Sebelum ini, London dikritik kerana menjalani pembedahan untuk menyerupai penyanyi BTS, Park Jimin dengan ramai yang melihatnya sebagai contoh kejutan budaya.

Dia sebelum ini dilaporkan membelanjakan sekurang-kurangnya AS$150,000 (RM688,000) untuk membiayai kos pembedahan plastik selama lapan tahun.

Terbaharu, London mencukur rambutnya sepenuhnya yang dilihatnya sebagai permulaan perjalanannya kembali menjadi lelaki. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 15-11-2022 05:39 PM
Sapei ilias versi london
Quote imthegirl 15-11-2022 05:39 PM
Banyak pulak duit dorang ye
Quote Minami2013 15-11-2022 05:47 PM
Content creator begitu lah
Quote dani-rox 15-11-2022 06:15 PM
ummah T nih sepatutnya jumpa pakar psikiatri atau kaunseling dulu, baru buat keputusan nak jalani SRS. ni budak2 pun digalakkan ambik ubat utk block proses akil baligh. tp industri bernilai berbillion dollar kan, dan penting utk imej set2 performative wokeness dlm socmed... layankan ajerr.
Quote green~tea 15-11-2022 06:19 PM
Tak kenal pun.... rupa pun dah mcm bukan manusia
Quote doubleharmonic 15-11-2022 07:08 PM
dah jadi rupa babi jah?
Quote liyamariska 15-11-2022 07:14 PM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote sukacactus 15-11-2022 07:38 PM
Payah la jenis otak seminit ni
Kejap nak jd A, pastu eh nak jd B la, eh kejap2 nak jd A la blk
Quote Belibis 15-11-2022 07:44 PM
Nyesal la tu jadi pompuan..macam2 krim nak kena pakai..jantan senang je,sabun cap popenjay pun dah memadai..
Quote copy_paste 15-11-2022 07:49 PM
Belibis replied at 15-11-2022 07:44 PM
Nyesal la tu jadi pompuan..macam2 krim nak kena pakai..jantan senang je,sabun cap popenjay pun dah m ...

mandi x bersabun pun xde hal kalau jd lelaki,
bahahahha
Quote Nenasketum 15-11-2022 09:01 PM
Ramai omputeh detransition sebab budak2 yang uncomfortable dengan badan diorang disebabkan proses akil baligh akan dihantar jumpa counselor. Counselors ni lah yang akan push budak2 ni untuk transition into transgender.
Quote batu kikir 15-11-2022 09:42 PM
Nasihat untuk trans atau yang bercita-cita nak jadi trans.

Hidup jadi jantan lah paling best. Jadi betina buat hape.
Quote .HannahMontana. 15-11-2022 09:46 PM
cuba ko tengok hidup org xde imaan

xde pedoman

tak torahhhhhhhhh hala tuju kehidupan xde
Quote rosedemon 16-11-2022 09:52 AM
neraka la ko dek
Quote Naru 16-11-2022 11:27 AM
esk bosan, level up lah jd mahluk lain....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.214008 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top