Dua pemuzik terkenal Kid Search dan Hassan Babylon bercadang menubuhkan persatuan yang dinamakan Bangsa Pemuzik-Pemuzik Malaysia (BPPM).
Menurut mereka, BPPM kini dalam proses menyusun ahli dan lain-lain perkara berkaitan untuk pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Hassan berkata, Kid akan ditampilkan sebagai penasihat manakala mereka yang berminat menjadi ahli antaranya Harry Khalifah, komposer Bong dan ramai lagi. "BPPM ditubuhkan untuk 'check and balance' apa yang berlaku dalam industri seperti pembayaran royalti dan peluang pekerjaan untuk penggiat seni. Duit royalti banyak tapi mana perginya?
"Bukan itu sahaja, BPPM juga nak pastikan artis-artis luar supaya jangan masuk sesuka hati mereka di negara ini. Kita tengah susah sekarang, janganlah ganggu rezeki kita. "Jadi kami nak pastikan kali ini nak 'protect' (lindungi) industri kita. Dah sampai masanya di 'protect' oleh bangsa kita sendiri. Kami harapkan ia jadi kenyataan," katanya kepada Harian Metro. Menurut mereka, BPPM bukan mahu menyekat kemasukan artis luar sebaliknya mahu melihat situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak dalam isu ini. "Boleh masuk Malaysia tapi kenalah juga melalui BPPM. Kami nak apabila penganjur bawa masuk mereka, penganjur juga hantar artis negara kita ke tempat mereka. "Bayaran juga kenalah sama. Kalau tak boleh, tolong masukkan 90 peratus duit bayaran ke dalam tabung. Mereka boleh ambil 10 peratus sahaja. Itu cara untuk 'protect' industri," katanya. Terdahulu isu kemasukan artis luar terutama dari negara jiran Indonesia yang kerap mengadakan konsert di negara kita menjadi perdebatan hangat dikalangan penggiat seni. Penyanyi terkenal Datuk Hattan antara yang lantang melahirkan perasaan kurang senang terhadap perkara ini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT