CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lia Natalia Belum Sedia Nak Pakai Tudung, Belum Dapat Hidayah

15-11-2022 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1567| Komen: 10

"Saya belum bertudung sepenuhnya, tapi keinginan itu sentiasa ada," kata pelakon Lia Natalia mengenai penampilan terbaharu yang dikongsikan di Instagram sempena ulang tahun kelahiran ke-30 pada 12 November lalu.


Lia berkata, foto bertudung yang dikongsikan adalah ketika menghadiri satu acara keagamaan sekali gus menolak tanggapan orang ramai dirinya sudah berhijab.

Foto: IG

"Saya memang nak bertudung tapi saya tak mahu perubahan itu dilakukan kerana saya mengikut trend atau fesyen serta melihat kawan-kawan bertudung.

"Saya nak keputusan bertudung ini biarlah muktamad dan selama-lamanya. Tetapi buat masa ini saya belum bersedia ke arah itu," katanya kepada Harian Metro.





Menurut Lia, dia terharu apabila ramai pihak yang mendoakan agar dirinya berhijab selain ada juga yang memuji penampilannya itu.

"Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini.



"Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 15-11-2022 05:19 PM
oo minah ni nama lia natalia...
Quote lightheaded67 15-11-2022 06:01 PM
renti kn ler nak nanya org2 tua bila nk betudung. nk tggu hidayah dtg ke, deme yg sndiri nk cri hidayah ke pandai2 ler. nk cri info hidyah agama ke kt tgn masing2 henpon ade, taip aje ape nk cari, kt utiub ceramah blambak free, nk ustaz mulayu nk cekgu agama warga amarika, nk cikgu ugama islam bangsa cina, pndai2 lah. ade org cari agama dulu, bru cri tudung. ada org cri tudung dulu agama kendian tu kadg btudung pun perangai nk pengsan. kalau cari agama, belum tentu jumpa tuhan yg betul, Allah dibibir tp hati sembah duit sembah diri sendiri. tp kalau cri Tuhan yg betul pasti dgn izinNya jumpa agama yg betul.
Quote lightheaded67 15-11-2022 06:17 PM
boleh mula dgn utiub : al fatihah tafseer.
Quote wirazam 15-11-2022 06:23 PM
Eh...dulu dulu masa sekolah ko pakai tudung kannnn
Quote dekmieDandy 16-11-2022 09:23 AM
suka kalau dia berlakon jadi bff lead heroin, dalam diam jadi jahat

kena dengan style dia
Quote SherryZass 16-11-2022 09:36 AM
Yela nyahh..walaupun hidayah tu perlu dicari
Quote rosedemon 16-11-2022 10:03 AM
ko nak tgu mati ke. xambek pgajaran si syazlin tu. tiba2 maut
Quote cikatilia 16-11-2022 10:19 AM
tup2 ajal sampai dulu.
Quote orkid_amani 16-11-2022 10:28 AM
wirazam replied at 15-11-2022 06:23 PM
Eh...dulu dulu masa sekolah ko pakai tudung kannnn

Sebetulnya aii penah tanya cikgu tadika pra sekolah & tahap1..diorang cakap xwajib pun budak2 pakai tudung..tapi dah kalau 1kelas tu ank hg sorg ja yg xbertudung tak ka kelupoq dia nak pakai tudung gak p sekolah ank aii gitu la..1st day masuk sekolah..dari tadika sampai darjah2 mmg dia xpakai tudung..balik tu muka choomm ja..dia kata kawan2 kakak semua pakai tudung the next day p sekolah pakai tudung.tapi aii xbagi dia pakai tudung instant yg tu..huduh gila..aii bg dia pakai tudung  2layer yg kita pakai dulu2 tu. Tudung tu senang pakai.
Quote Lily_Elizabeth_ 16-11-2022 10:36 AM
Suka dia.
Now kat tv2 ada drama dia mariam eliana. Jam 6am 7am.
Lawa dia ni.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.041135 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top