CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takiyuddin Kata PN Sedia Gabung Dengan BN Untuk Bentuk Kerajaan, Muhyiddin Pula Nafi!

15-11-2022 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2128| Komen: 38

Perikatan Nasional (PN) sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan campuran selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.


Setiausaha Agung PAS yang juga calon PN bagi Parlimen Kota Bharu itu berkata, beliau yakin BN akan menyokong idea tersebut.

Beliau turut melahirkan keyakinan PN mampu membentuk kerajaan, sama ada secara bersendirian atau bersama parti lain.

Bagaimanapun, beliau berkata bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bukan satu pilihan.


Foto: mStar

"Presiden PAS (Tan Sri) Abdul Hadi Awang pernah berkata jika kita tidak boleh bekerjasama (dengan BN) sebelum pilihan raya umum, mungkin kita boleh menjalinkan hubungan selepas itu.

"Keutamaan pertama kami ialah BN. Walaupun tiada perbincangan diadakan sepanjang tempoh berkempen ini, saya yakin BN akan menerima (membentuk kerajaan dengan PN).

"Ada perbincangan sebelum ini, tetapi walaupun kita tidak dapat bekerjasama sekarang, kita ada cakap mungkin kita boleh bekerjasama selepas PRU15," katanya selepas ceramah di Kampung Kubang Kiat, Kota Bharu pada malam Isnin.

Namun kenyataan Takiyuddin disanggah oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Muhyiddin, PN tidak pernah memberi mandat kepada pemimpin PAS itu untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan, selepas PRU15.

Muhyiddin berkata tujuan PN bertanding pada PRU15 adalah bagi membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH.

"Saya berdoa dengan izin Allah SWT dan sokongan padu rakyat, Perikatan Nasional akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU15," katanya dalam ciapan di Twitter. - CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 15-11-2022 02:10 PM
Dulu mengata ph xde wasap grup.skrg cash la memasing.
Quote CiliPadiSedap 15-11-2022 02:12 PM
ni lah strategi sebenar pn dan BN mereka kutuk2 mengutuk untuk pecah undi. nanti cium mulut , lepas tu gulingkan bapa lockdown bapa bendera putih, naikkan pm umno.

langkah sheraton repeat same history. anwar also repeate i have number number number number number number number 4444 tekan2 tak dapat
Quote sangbara2020 15-11-2022 02:19 PM
entah la labu...suke kome la...
kome nak sgt memerintah malaysia nih
jgn aniaya rakyat udeh....
Quote lightheaded67 15-11-2022 02:37 PM
modal ailio tp untung besar. kluar duit pun bukan kocek sndiri. selagi tak kena kambus lah goreng sana sini. tak share, i gaduh dgn u. kalau dpt share i support u.
Quote lightheaded67 15-11-2022 02:43 PM
CiliPadiSedap replied at 15-11-2022 02:12 PM
ni lah strategi sebenar pn dan BN mereka kutuk2 mengutuk untuk pecah undi. nanti cium mulut , lepas  ...

hashtag tanah kubor
Quote CiliPadiSedap 15-11-2022 03:07 PM
perasan x ada multinick baru dalam cariforum melambak lambak. adakah bajet pru baru dapat? cyber trooper army politcian
Quote afie_m 15-11-2022 03:26 PM
apa nak jadilah malaysia ni..
Quote lightheaded67 15-11-2022 05:11 PM
CiliPadiSedap: perasan x ada multinick baru d ...
acik ur talking about me ker, im honoureddddd. tak sngka komen bodoh2 ku mampu mpengaruhi pangkah warga porumer yg lain. auwwwww
Quote dewimalam78 15-11-2022 06:54 PM
Takiyudin ni muka tembok. Asal duduk dlm group menang, jadi kerajaan…dapat la dia merasa jawatan apa2.
Dulu ms ph jd kerajaan, sibuk juga dia tu pi jumpa tun nk buat kerjasama bila ura2 pkr dap nk jatuhkan tun
Quote chanthik 15-11-2022 07:09 PM
BELUM pun menang, dah nampak keretakan & ketidakstabilan

Sort shit out please, I dah agak dah Muhyiddin lama-lama tak akan dapat kawal PAS & Gerakan, terpaksa sembah ratu pada BN untuk bentuk kerajaan

Quote ultra78 15-11-2022 07:12 PM
Bukan PN tapi Pas sedia gabung BN: Takiyuddin
oleh ADILA SHARINNI WAHID15 November 2022 03:54pmMasa membaca: 2 minit

KOTA BHARU - Bukan Perikatan Nasional (PN) tetapi Pas yang bersedia untuk bergabung dengan Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pendirian Pas jelas jika diminta untuk bergabung, maka parti itu akan memilih BN.

Beliau menambah, tidak akan sesekali bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau mana-mana parti komponen PH.

“Mana-mana parti yang mendapat majoriti mudah minimum 112 kerusi pada PRU15 nanti, parti itu akan menubuhkan kerajaan sendiri tetapi jika sebaliknya, akan ada parti bergabung untuk membentuk kerajaan.

“Oleh sebab itu, Pas perlu bergabungan dan pilihan adalah dengan BN,” katanya ketika ditemui selepas melawat pusat mengundi awal di Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, pada Selasa.

Turut melawat ke pusat mengundi tersebut pada waktu sama, Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim juga calon PH Parlimen Kota Bharu melawan Takiyuddin sebagai penyandang kerusi itu.

Takiyuddin menjelaskan kenyataannya pada Isnin berkait PN dan BN mungkin bergabung membentuk kerajaan selepas PRU15 sepatutnya adalah merujuk kepada parti Pas dan bukannya PN.

“Saya juga sudah merujuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan mempunyai pandangan yang sama berhubung perkara itu iaitu bergabung dengan BN jika tidak mendapat majoriti mudah pada PRU15,” katanya.

Pada Selasa, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan parti itu akan bergabung dengan BN selepas PRU15 sepertimana yang didakwa Takiyuddin pada Isnin.

Dalam pada itu, kedua-dua calon Parlimen Kota Bharu itu yang kebetulan melawat pada waktu sama tersebut sempat saling menyapa.


----------------------------------------------------------------

Sebab tu jangan percaya kepada PAS. Parti ni tak ada pendirian. Bila-bila sahaja boleh flip

Quote Rdizz 15-11-2022 07:35 PM
IMG-20221115-WA0035.jpg
Quote Belibis 15-11-2022 07:39 PM
lightheaded67 replied at 15-11-2022 02:37 PM
modal ailio tp untung besar. kluar duit pun bukan kocek sndiri. selagi tak kena kambus lah goreng sa ...

Ya lorrr..habiskan berapa banyak harta pun takpe..ini harta,ahmad albab yang punya.
Quote makadek 15-11-2022 07:42 PM
Fundek ritu fitnah kata anuar deal dgn zahid skrg terang2 diorg pakat hanat
Quote makadek 15-11-2022 07:43 PM
Pas tkde pendiriran lalang set2 menumpang
Masa arwah nik ade elok je rojer sorang2
Quote Nurdianah 15-11-2022 07:44 PM
Edited by Nurdianah at 15-11-2022 07:47 PM

Quote cmf_Strawberry 15-11-2022 07:45 PM
Hihihi... marila kita undi PH sebab solid. Siapa yg kata tak aniaya rakyat tu agaknya tak makan telur kot. Hakak dah sebulan lebih dok beli telur sedozen..
Quote zamzam 15-11-2022 07:50 PM
makadek replied at 15-11-2022 07:42 PM
Fundek ritu fitnah kata anuar deal dgn zahid skrg terang2 diorg pakat hanat

Mana ada fitnah? Kau ada dengar rakaman suara cikgu (anwar) dgn anak murid (zahid)? Pada aku ni semua politic. Kalau beria ckp xmau kerjasama then lepas pru terpaksa kerjasama pulak.
Quote makadek 15-11-2022 08:11 PM
zamzam replied at 15-11-2022 07:50 PM
Mana ada fitnah? Kau ada dengar rakaman suara cikgu (anwar) dgn anak murid (zahid)? Pada aku ni se ...

Owh aku tk dengar plakkkkk
Ok tkpe tarik balik
Yelah org politik mmg suck mana mampu sakau depa sakau bole laga pp

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043745 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top