CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanie Kayrie Tertekan Dikecam Bertubi-Tubi Sebab Gantikan Ernie Dan Hafiz Suip

15-11-2022 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3294| Komen: 34

Wani Kayrie meminta peminat Ernie Zakri dan Hafiz Suip berhenti mengecam dirinya gara-gara menggantikan mereka bagi menyanyikan lagu Berakhirlah Pencarianku pada Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37 (SFMM37).


Wani, 22, berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pihak pengurusan Rocket Fuel dan label Nova Music Sdn. Bhd.

Foto: IG

“Saya diberitahu seminggu sebelum sidang media untuk jadi pengganti. Saya tidak berani tanya lebih-lebih kerana setiap orang ada privasi mereka.

“Saya baca semua komen dan tidak mahu terlalu memikirkan hal itu kerana orang luar tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.


“Saya kasihan sebab komposer Ikhwan Fatanna pun kena serang. Bagi saya tidak elok netizen salahkan kami kerana keputusan itu dibuat pihak pengurusan dan label,” ujarnya kepada Kosmo! Online.



Terdahulu, Ernie mengesahkan tidak akan menyanyikan lagu Berakhirlah Pencarianku di pentas SFMM37 selepas dimaklumkan pihak pengurusan.

Lagu ciptaan bersama Wan Saleh dan lirik Datuk A. Aida tersebut akan dinyanyikan oleh Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq pada SFMM37 yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini.

Keputusan tersebut sekali gus membuatkan ramai peminat Ernie dan Hafiz berasa kecewa kerana tidak dapat menyaksikan persembahan duo itu di pentas SFMM37 sedangkan lagu berkenaan layak bertanding disebabkan undian mereka.



Dalam pada itu, Wani tidak menafikan berdepan sedikit tertekan dalam membuat persiapan terutama sekali jangkaan tinggi peminat terhadap persembahannya.

“Boleh kata ya (tertekan) dan sejak awal buat keputusan menggalas tanggungjawab ini saya tahu setiap risiko yang saya akan hadap.

“Beberapa hari ini saya baca semua komen yang diberikan demi mengambil tahu apa yang peminat Ernie dan Hafiz harapkan untuk lagu ini,” ujarnya.



Bagaimanapun, Wani juga berharap dapat melakukan yang terbaik dan menyampaikan lagu tersebut dengan cara tersendiri.

“Saya akan buat yang terbaik dan tidak akan cuba meniru cara Ernie atau nak jadi macam dia.



“Saya ada bertemu kak Ernie dan abang Ikhwan untuk tanya pendapat mereka dalam menyanyikan lagu berkenaan. Abang Ikhwan yakin saya boleh buat yang terbaik,” ujarnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 15-11-2022 02:04 PM
Suara jenis besar, entah mcmmana la nak nyanyi lagu ni
Untuk kali ke 100, i still tak suka dia ni sbb geletis kbai
Quote laksmanabentan 15-11-2022 02:05 PM
sedap ker suara minah nih??? power ker??
Quote minahmanja 15-11-2022 02:08 PM
bila semi final mm ni .?
Quote KamikuP 15-11-2022 02:09 PM
Ada perselisihan faham ke noks?
Quote laksmanabentan 15-11-2022 02:12 PM
KamikuP replied at 15-11-2022 02:09 PM
Ada perselisihan faham ke noks?

Hafiz Suip tak dapat dihubungi uollssss.....
Quote fadz84 15-11-2022 02:20 PM
laksmanabentan replied at 15-11-2022 02:12 PM
Hafiz Suip tak dapat dihubungi uollssss.....

Klu HS x dpt dihubungi knp dgn2 EZ kna tukar? Ganti jela HS kan.. huhu
Quote bottompro 15-11-2022 02:24 PM
Edited by bottompro at 15-11-2022 02:26 PM

mmg hauk suara sheols. mmg patut dikecami acik2 kepam menanti hapis shuib.
kisahnya begina, tarikh mm tu hapis ada komitmen lain. mungkin masuk gua lah kot mencari iman. tibahhh.
so EZ xnak nyanyi takda hapis. so management dua2 artis ni ambik la retis maha sendu sorang, wani kyrie who re yuss ni dgn jantan mana tah.
Quote miszclassique 15-11-2022 02:25 PM
fadz84 replied at 15-11-2022 02:20 PM
Klu HS x dpt dihubungi knp dgn2 EZ kna tukar? Ganti jela HS kan.. huhu

Sbb nak bagi balance, takde duet partner yg sesuai untuk ernie... Ernie under rocketfuel, hafiz under nova... So pengganti tu kena dari label yg sama, sbb tu ttibe ahmad syafiq dari langit jadi pengganti hafiz under nova tu and wani ni dari rocketfuel
Quote edoraixora 15-11-2022 02:27 PM
kenapa ernie zakrie & hafiz suip tak nyanyi sendiri?
Quote rbmy 15-11-2022 02:30 PM
miszclassique replied at 15-11-2022 02:25 PM
Sbb nak bagi balance, takde duet partner yg sesuai untuk ernie... Ernie under rocketfuel, hafiz un ...

payah juga camtu ye. tetiba kalah lagu ni haha gelak je
Quote ACC106 15-11-2022 02:33 PM
edoraixora replied at 15-11-2022 02:27 PM
kenapa ernie zakrie & hafiz suip tak nyanyi sendiri?

Hafiz ada komitmen peribadi
Quote ACC106 15-11-2022 02:33 PM
HS tu mmg sukar dihubungi
Quote Fazsemput 15-11-2022 02:34 PM
Ada bce komen.. Katenye hafiz kluar huruj 45 hari.. Kalo. X salah.
N erni x ckp pun die xnk nyanyi.. Mgtbyg decide semua. Dorg ada min5tk shemel gnti.. Tapi shemel x nk.. Sebb taun lepas pun die dh cover..

Kedekutnye mgt.. Crik la pengntin hafiz.. X mau byr agknye.. Klo Bobby nyanyi pun sedp agknye..

Last2.. Soh la artis lain under sme mgt nyanyi.. Dorg ingt blh naikkan nama artis dorg yg sendu.. Lamberttt lagi.

Dlm news siap ckp.. Wani. Kery yg tgh meleetup dgn lagunye dicorong radio skng.. Lagu ape.. Plizzz..


Quote naina 15-11-2022 02:42 PM
Wanie Kery nyanyi lagu uols? Tak kenal langsung. Tengok muka sgt la tak perasan mana2 media
Quote NEmma 15-11-2022 02:46 PM
Suara wani ni sejenis besar & sengau.. Mmg x sesuai langsung
Quote sleepandream 15-11-2022 03:13 PM
Fazsemput replied at 15-11-2022 02:34 PM
Ada bce komen.. Katenye hafiz kluar huruj 45 hari.. Kalo. X salah.
N erni x ckp pun die xnk nyanyi.. ...

huruj apa... tak paham... typo byk ni sis...
hafiz suip ada masalah apa sebenarnya?
Quote laksmanabentan 15-11-2022 03:14 PM
Edited by laksmanabentan at 15-11-2022 03:15 PM
NEmma replied at 15-11-2022 02:46 PM
Suara wani ni sejenis besar & sengau.. Mmg x sesuai langsung

suara besar & sengau... patut ler nitizen protesss...
lepas tu style terkemut2 pprt sgt....
boyor la sikit ambil stylist camtu... tkade la style pprt sgt..
Quote doubleharmonic 15-11-2022 04:24 PM
baik lah ko bagi babi jah yang ganti at least orang memang dah tahu ghupa dan bunyi babi tu cemana dari kau whoareyouss lagi sendu dari babi2 di kandang?
Quote Adeakukesah11 15-11-2022 04:29 PM
Minah negatif vibes kuat sgt

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.130908 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top