CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eizlan Yusuf Lahir Dalam Keluarga B40, Faham Kesusahan Rakyat, "Atap Rumah Bocor, Ada Satu Seluar Sekolah Je"

15-11-2022 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2912| Komen: 25

Pelakon yang juga merupakan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Sabak Bernam, Datuk Seri Eizlan Yusof berkongsi kisah perjalanan hidupnya membesar dalam keluarga serba kekurangan.


Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 51, berkata dia pernah menginap di rumah berbumbungkan atap bocor dan hanya mempunyai sepasang seluar sekolah yang digunakan daripada tingkatan satu hinggalah tamat pendidikan menengah.


Foto: mStar

"Saya berasal dari keluarga B40, jadi saya faham keperitan hidup dan kita boleh duduk bersembang dengan saya.

"Saya bersyukur sebab Allah buka banyak pintu sehinggalah ke hari ini menjadi calon Parlimen di Sabak Bernam," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Eizlan berkata rezeki yang diterima hari ini merupakan satu rahmat dan menjadi penguat semangat untuk dia terus berjuang serta memberi bantuan kepada golongan memerlukan.



Mengimbau kembali sewaktu dilantik sebagai Pengerusi Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri tahun lalu, Eizlan memberitahu rakannya iaitu Dr. Ahmad Idham merupakan individu yang mencadangkan dia memegang portfolio berkenaan.

"Ahmad Idham kata saya paling layak sebab jiwa saya 'tisu', saya memang ada masalah apabila berdepan dengan orang yang berada dalam kesusahan.

"Sekiranya diberi mandat di Parlimen Sabak Bernam, saya memberi jaminan untuk menyelesaikan beberapa isu," jelasnya.



Dalam pada itu, Eizlan turut berkongsi antara isu yang ingin diselesaikan dalam parlimen berkenaan adalah berkaitan kelemahan isyarat jalur lebar (internet) talian telefon, naikkan sektor eko-pelancongan, pertanian dan peluang kerjaya golongan belia.

Namun jika gagal memenangi kerusi di parlimen P.092 itu, Eizlan tetap komited untuk meneruskan khidmat dan bakti sebagai kumpulan pendesak.


"Saya adalah orang yang suka bekerja dan bukan hanya bercakap kosong.

"Jika kalah sekali pun, saya akan terus mendesak wakil rakyat supaya menyelesaikan masalah berkenaan, selaras dengan tanda pagar #jomkitabuatkerja," katanya.

Untuk rekod, Parlimen Sabak Bernam bakal menyaksikan Eizlan akan bertembung dengan tiga lagi calon iaitu Shamsul Maarif Ismail (Parti Amanah Negara), Datuk Abd Rahman Bakri (Barisan Nasional) dan Kalam Salan (Perikatan Nasional). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lightheaded67 15-11-2022 01:28 PM
politik melesia ni berlumut acik lan. salah pijak licin boleh jatuh kalau lurus sgt. kalau awk naik, dua tiga rumah boleh la nak supply bumbung, lebih lebih jap gi next cycle kena buang dari parti harijadi. member senior tak dpt makan tepi.
Quote Nenasketum 15-11-2022 01:29 PM
Boleh caya ke ni? Dia ni dedulu dok main moto besor kat JB, kazen aku pernah jadi geng moto besor dia.
Quote chandrahusin 15-11-2022 01:32 PM
sembang pilihanraya sama MO
dgn MLM
terpaling susah terpaling prihatin
nak sama2 senang
bila dh menang semua hilang
apa pun elok hansem Eizlan Yusof sampai skrg
Quote bottompro 15-11-2022 01:34 PM
Politikus kalau bercakap, gajah pun boleh marathon
Quote heythere123 15-11-2022 01:34 PM
halah halah, dah mula dah sob story
Quote Suchi 15-11-2022 01:45 PM
Eizlan ni drpd muda sampai atuk2 tak penah nampak aura seorang mat deris mahupun pokcik Deris

Mmg jenis set2 muka anak ongkaye, org bando.
Kulit cerah putih merah plak tu
Taktau plak dia rupanya dilahirkan dlm keluarga bifoti
Quote CiliPadiSedap 15-11-2022 01:56 PM
bottompro: Politikus kalau bercakap, gajah pun boleh marathon


hahaha kelakar. confirm gajah tu kurus jadi zirafah

Quote margo20 15-11-2022 02:19 PM
Zaman dia bifoti mana sama dgn bifoti skrg
Quote seri_mawr 15-11-2022 02:24 PM
politician ckp dia bukan boleh pakai pun...klu sembang...gajah pun boleh terbang...
dah dapat jawatan..burung yang patut boleh terbang pun jadi lumpuh.....
Quote bulalof 15-11-2022 02:33 PM
ni semua umpan nak dptkan undi tuan tuan.
Quote KamikuP 15-11-2022 02:55 PM
Dah mula dah citer potong bawang
Quote miss_perfect 15-11-2022 02:57 PM
Serius la dia ni b40? Kulit putih pink ingatkan family dia ada campur2 mat saleh... (btw, iols tau mat saleh pun ada je b40 tapi kalau kat Malaysia ni macam takde je sebab mostly expatriates)
Quote naina 15-11-2022 03:01 PM
Zaman dulu rata2 bifoti
Tapi muka dia muka keluarga kayangan
Quote sangbara2020 15-11-2022 03:16 PM
sembang sampai oink oink leh terbang
Quote pembacagosip 15-11-2022 03:51 PM
baru tahu nama sebenar dia idris
jauh betul eizlan ye
Quote DeLuna85 15-11-2022 04:11 PM
Bekas bini pakcik ni pun dulu hidup menumpang Sedara. Pastu skrg terpaling Islamic tiap kali pilihanraya paling support suami walaupun bini kedua.
Quote SANKURIANG 15-11-2022 06:15 PM
Dengar boleh...percaya jangan la sekali....
Quote wirazam 15-11-2022 06:19 PM
seri_mawr replied at 15-11-2022 02:24 PM
politician ckp dia bukan boleh pakai pun...klu sembang...gajah pun boleh terbang...
dah dapat jawata ...

Skrg lar time dia nak test tahap lakonan dia kat level mana...boleh tak agaknya convincekan org ramai yg dia set set bifirti dulu2
Quote rosedemon 16-11-2022 10:00 AM
TERPALING YB

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.104947 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top