Marang: Luaran rumah penternak ikan ini mungkin kelihatan usang, malah tiada juga perabot mewah yang melengkapkan hiasan dalaman
Namun bagi Ahmad Mokhtar Taib, 32, dan isteri, Mariyah Ghazali, 32, kesederhanaan itu membahagiakan mereka, selain sentiasa rumah itu bersih serta terjaga agar indah di mata. Kesungguhan pasangan berkenaan menghias rumah sungai mereka mendapat pujian netizen selepas Mariyah berkongsi gambar dekorasi ruang dalaman kediaman itu di Facebook (FB). Ahmad Mokhtar berkata, rumah sungai dekat Kampung Gong Tepas itu asalnya adalah rumah rehat yang dibina bersebelahan sangkar ikan ternakannya, sebelum mereka bersama anak, Ahmad Mujahiddin, 4, mendiaminya pada akhir 2018.
"Saya dan isteri berkahwin pada 2013 dan rumah itu sudah ada sejak saya bujang lagi, tetapi tidak didiami kerana sekadar menjadi tempat rehat. "Lagipun, kami pernah menetap di Kedah beberapa tahun, jadi ia terbiar begitu sahaja. Kami sepakat berpindah ke situ selepas pulang ke sini, empat tahun lalu. "Asalnya tidak banyak barang dalam rumah, tetapi kami mula hias sedikit demi sedikit apabila berpindah masuk," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Menurut Ahmad Mokhtar, kerja menghias lebih banyak dilakukan Mariyah dan dia sekadar membantu pada waktu terluang. Katanya, barang hiasan banyak dibeli daripada kedai barang keperluan yang menjual pada harga murah dan semua dibeli secara berperingkat. "Isteri suri rumah sepenuh masa, jadi dia yang banyak habiskan masa hias rumah kami. Tiada rujukan atau tengok YouTube, sebaliknya kami cuba hias gunakan bahan yang ada, kebanyakannya yang murah, kecuali tikar getah, manakala kertas dinding ambil masa lama untuk dipasang. "Ikutkan, rumah kami tiada ruang dapur atau bilik tidur tetapi kami cuba cipta ruang berkenaan mengikut kreativiti sendiri dan semua kerja menghias banyak dilaksana ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu," katanya. Biarpun tidak mampu memberi kemewahan kepada keluarga kecilnya, Ahmad Mokhtar bersyukur kerana dapat menyediakan tempat berteduh buat isteri dan anak. "Saya tenang walaupun duduk di atas sungai dan anggap ia rezeki apabila dapat tinggal dekat dengan alam semula jadi. "Tak sangka juga ramai suka suasana dan persekitaran di sini selepas tular gambar rumah saya. "Alhamdulillah, setakat ini semuanya dalam keadaan baik cuma biasalah, rumah akan bergoyang apabila angin kuat tetapi belum pernah lagi dibawa arus," katanya yang mengikat rumah atas air itu pada sangkar dan diapungkan dengan tong. Ahmad Mokhtar tidak menafikan ada menyimpan impian untuk menyediakan rumah yang lebih selesa buat isteri dan anaknya di atas tanah, suatu hari nanti. Katanya, dia sedang mengumpul duit untuk membeli aset itu, memandangkan pendapatan hasil ternakan ikan baru kembali stabil. "Banyak cabaran ketika PKP lalu, antaranya ikan banyak mati jadi pendapatan terjejas," katanya yang sudah menjadi penternak ikan sejak lebih 12 tahun lalu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
hareeeesah replied at 15-11-2022 12:29 PM
Berkilat kilau periuk dia susun bagus btul… bahagia cara mereka
CiliPadiSedap replied at 15-11-2022 12:32 PM
cmni yang zakat perlu bantu sbb ada effort.
kepompong replied at 15-11-2022 12:35 PM
penternak ikan berduit. tak hadap zakat … tupasal dia tak belanja brg mahal2 sbb saving for rain ...
epullipan replied at 15-11-2022 12:40 PM
anak kena pantau betul2 tu bab takut jatuh kolam tu kang
CiliPadiSedap replied at 15-11-2022 12:38 PM
mungkin dia masak terbalik. api dalam periuk. lauk kat bontot periuk
bukan senang nak cuci ...
gideoncross replied at 15-11-2022 12:31 PM
Ha'ah, cntik & kmas plak buat cmni, x kotor. Buka pintu pgi2, dh trpampang kcantikan natural, perg ...
ADVERTISEMENT