Penyanyi Amir Masdi yang bakal memnuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) buat pertama kali mengakui berasa teruja kerana merasakan dirinya sudah dewasa untuk menunaikan tanggungjawab pada Sabtu ini.
Kata Amir, 26, dia akan merujuk dengan keluarga sebelum mengundi memandangkan kurang mengenali dengan calon yang bertanding di kawasan Cheras. "Saya rasa macam dah dewasa sebab keluar mengundi. Itu kan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Saya akan mengundi di Cheras nanti.
"Saya tidak mengenali sangat calon-calon yang bertanding di tempat saya. Tetapi saya akan minta nasihat daripada ibu bapa dan keluarga sebelum keluar mengundi." Ditanya ciri-ciri wajib yang perlu ada sebagai pemimpin, pemilik nama Amir Syazwan Masdi menegaskan sikap kejujuran selain mendahulukan rakyat walau apa sahaja keadaan, bukan kepentingan diri sendiri. Dalam pada itu, pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah tidak meletakkan harapan yang tinggi sebaliknya mengharapkan ada ‘tempat’ untuk anak-anak seni dalam mencorakkan semula pemerintahan negara. "Saya tak kisah pemimpin itu baru atau lama, kalau berpengalaman itu bonus. Pemimpin yang bagus adalah yang mengambil berat dengan rakyatnya dan ikhlas dalam memimpin." Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November dan hari pengundian awal pada 15 November ini. Sumber: OhBulan |
apech replied at 15-11-2022 01:03 PM
cerita yinneh pun masuk gosip? Sampah betul
tobobon replied at 15-11-2022 01:43 PM
nak buat camana...tengok2 pembuka thread is CARI bla bla bla
mod pun x berani nak tutup or alih th ...
marchikobonzo replied at 15-11-2022 03:11 PM
2018 chuols tak mengundi yekkkkkk?????
CiliApiPedas replied at 15-11-2022 04:32 PM
Jadi ape gosipnye?
ADVERTISEMENT