CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aman Aziz Pun Nak Jadi Oppa? "Selagi Muka Belum Kedut Dan Badan Kurus, Saya Nak Bergaya"

15-11-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2824| Komen: 22

Aman Aziz, 29, mahu puas mengikut 'trend' semasa dalam berfesyen pada usianya yang dianggap masih muda, wajah pun belum berkedut dan bertubuh kurus.

Aman atau nama sebenarnya Mohammad Razman Abdul Aziz berkata dia suka mencuba sesuatu fesyen itu apabila tertarik melihat gaya penampilan orang lain yang didapatinya amat menarik.

"Kalau nak kata penampilan imej saya sekarang lebih ke arah K-Pop, sebenarnya tidak pun. Saya bukan 'oppa'.

Foto: IG

Cuma, fesyen saya lebih kepada mengikut 'trend' semasa. Apabila melihat seseorang itu berpakaian cantik dan kena dengan gaya, kenapa saya tak cuba pula?


"Sebabnya, saya pun nak cuba pakai juga apa saja fesyen pada usia yang masih muda ini. Bagi saya, inilah masanya pun sementara muda lagi, kena bergaya. Nanti dah tua, nak pakai benda yang pelik-pelik mesti rasa malu.

"Nanti, ada pula orang kata, dah tua ganyut pun masih pakai macam itu (fesyen). Saya tak naklah ada ruang orang cakap begitu, seolah-olah macam saya tak puas berfesyen ketika usia muda," katanya kepada Harian Metro.




Penyanyi lagu Sulit ini berkata, lagi pula sekarang dia masih kurus dan pastinya sesuai dengan apa saja saiz pakaian nak dipakai. Katanya, yang penting asalkan pakaian itu bersesuaian, selesa dan orang boleh terima.

Aman yang masih bujang berkata, dia juga belum terfikir soal kahwin kerana fokusnya terhadap karier dulu. Ujarnya, dia perlu pastikan karier betul-betul sudah stabil dan baharu boleh fikir fasa berumah tangga.

Mengenai perkembangan karier seni, Aman berkata dia kini muncul dengan single baharu, Satu Hari Saat Hujan yang ditulis berdasarkan kisah 'cinta monyet' yang pernah dilaluinya dulu.



Selain nyanyian, Aman juga tampil membintangi drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin sebagai watak Umar bergandingan bersama Puteri Aisyah. Drama 18 episod itu kini disiarkan slot Mega Drama di Astro Ria, jam 10 malam.

Mengulas mengenai wataknya, Aman berkata karakter Umar itu agak mencabar kerana lelaki yang sudah berkahwin dan bercakap kasar dengan isterinya. Jelasnya, ia pada awalnya tidak mudah juga untuk dilakonkan, tapi dia berusaha mencuba.





"Apapun, saya harap lakonan dapat diterima baik kerana saya masih lagi perlu banyak belajar. Saya perlukan masa menjadi pelakon yang bagus kerana tawaran lakonan pun saya terima mana yang dirasa sesuai.



"Keutamaan saya pada nyanyian. Jadi, dalam setahun saya berlakon hanya untuk dua atau tiga karya saja. Itu pun, melihat juga pada kelapangan masa saya dan jadual menyanyi tidak terlaku sibuk," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 15-11-2022 12:09 PM
wow.. dambaan aruoh sepitsiput dulu nih.. makin glowing ya dekkk
Quote Cintakapuri 15-11-2022 12:13 PM
Themilo replied at 15-11-2022 04:09 AM
wow.. dambaan aruoh sepitsiput dulu nih.. makin glowing ya dekkk

Sheols xde mai sni lg ke??? M
Quote MoonRise 15-11-2022 12:27 PM
Lebih pada jpop kalau tengok. Sebab kulit tan sikit
Quote Themilo 15-11-2022 01:48 PM
Cintakapuri replied at 15-11-2022 04:13 AM
Sheols xde mai sni lg ke??? M

dah lama aruoh katanyahhh sis.. kat IG pun byk posting2 sheols dah removed..
Quote bulalof 15-11-2022 02:39 PM
euuuwww.... budak2 skrg memang bodoh eh?
Quote sleepandream 15-11-2022 03:10 PM
k-pop la... takkan nak jadi jawa-pop pulekkk
Quote nawtylulu 15-11-2022 03:13 PM
sapo ni?? aiyooo x kenal laaaa.
Quote sangbara2020 15-11-2022 03:18 PM
mcm ponen sok jd kpop
Quote doubleharmonic 15-11-2022 04:08 PM
opah kau      
Quote twinkystar 15-11-2022 05:02 PM
Edited by twinkystar at 15-11-2022 05:04 PM

Dia ni muka dia mcm aktor Korea nama Kim Youngdae
Quote Nenolen 15-11-2022 05:06 PM
sapa pulak nie…acik tau Aman Central aje dik oiii…
Quote samshik 15-11-2022 05:57 PM
Pesaing hebat haelimahton... Mujur ko x drip jugak dikk..
Quote amyfaha 15-11-2022 06:36 PM
Dia pernah gi event berpartnerrrr ngan haelinaaaa. Kunyit kot
Quote tomaz 15-11-2022 06:39 PM
Rupa dia ni sama je mcm dulu.. kalau groom mekap mmg boleh jd oppa.. x perlu nak renovate sana sini.. yg rengsa tu muka javanese tp gigih nak jd oppa
Quote heythere123 15-11-2022 08:39 PM
heols memanh hensem so yg ni takpe
Quote heythere123 15-11-2022 08:40 PM
tomaz replied at 15-11-2022 06:39 PM
Rupa dia ni sama je mcm dulu.. kalau groom mekap mmg boleh jd oppa.. x perlu nak renovate sana sini. ...

iyer, dia memang hensem alami
Quote slyfynx 15-11-2022 09:35 PM
Jap, anda ialah siapa?
Quote Pujangga22 15-11-2022 09:46 PM
muka dah aman2 takpyh nak renovate or nak inject pemutih
Quote rosedemon 16-11-2022 09:58 AM
HELOOKKK TPI CAM NMPK LEMBIK

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053556 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top