CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chombi Jadi Pujaan Lelaki, Harry Khalifah Tak Kisah Kalau Anak Nak Kahwin Awal

15-11-2022 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3939| Komen: 45

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Jika merujuk kepada pepatah lama ini, tuah penyanyi remaja, Chombi, 15, mungkin disebabkan bakat bapanya, Harry Khalifah atau mesra disapa Apak yang berkaliber dalam bidang muzik dan penciptaan lagu.


Walaupun kebanyakan lagu Apak bergenre balada dan 'jiwang', namun menariknya karya-karya dihasilkan berjaya menambat hati pendengar terutama di media sosial dan platform digital.


Foto: IG

Buktinya Chombi yang baru muncul dengan dua single hasil ciptaan bapanya terus meledak dan penerimaan penonton terhadap muzik video lagunya mencecah jutaan tontonan.


Jika dua tahun lalu ketika berusia 13 tahun, Chombi hadir dengan single Rindu Rindu, kali ini dia mempertaruhkan pula lagu Sayunk I Love You yang tular di media sosial seperti Tik Tok.

Chombi yang gembira dan bersyukur dengan penerimaan itu berkata, dia tak sangka lagu Sayunk I Love You mendapat sambutan baik pendengar.



"Saya masih baru sebagai penyanyi dan perlukan masa untuk memupuk keyakinan diri. Saya sebenarnya belum cukup yakin untuk melakukan persembahan pentas bersendirian tanpa ditemani ayah. Buat masa ini, saya hanya boleh menyanyi jika ayah pun ada di pentas yang sama," katanya.

Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam Ahmad Sairi berkata, dia masih ada perasaan takut nak menyanyi seorang diri di atas pentas.

"Kalau ayah tak boleh berada atas pentas pun, paling tidak cukuplah dia ada di bawah pentas saja. Asalkan saya nampak dia dan baru boleh menyanyi. Apa-apa pun, memang kena nampak ayah depan mata dulu.

"Ayah pembawa semangat untuk saya kerana sokongan padunya. Ayah sentiasa memberi galakan kepada saya dan selalu beri tunjuk ajar sebab saya masih lagi kurang pengalaman," katanya.

Mengakui teruja dengan single Sayunk I Love You itu, Chombi berkata sambutan luar biasa diberikan peminat menjadi pemangkin untuk dirinya berusaha menjadi penyanyi yang baik.


Katanya, dia amat menghargai pencapaian diraihnya.

Chombi berkata, pada awal lagu ini dilancarkan, dia kurang yakin dan langsung tidak berharap akan sambutan pendengar.
Namun, tak sangka pula sekarang ia sangat berjaya.

Sehingga kini, muzik video single Sayunk I Love You ciptaan Harry Khalifah dan lirik ditulis Ajim Maze sudah mencecah 7.3 juta tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan.

Memandangkan anak gadisnya masih lagi bersekolah, Harry berkata, dia begitu menjaga keselamatan Chombi terutama apaila ramai lelaki mula mendekati anaknya itu.



"Sejak dari single pertama, Rindu Rindu dulu, memang ramai dah lelaki yang nak berkenalan dengan Chombi. Malah, ada penyanyi datang jumpa saya beritahu minat dengannya (Chombi), sampai tak boleh nyanyi kalau ada dia.

"Chombi masih bawah umur lagi. Jadi, kalau sekadar nak berkawan biasa saja, saya tiada masalah. Tapi, jika nak serius sampai mahu melamar dia, masih belum sesuai," katanya.

Harry berkata, dia seorang bapa yang boleh dibawa berbincang. Dia juga tidak terlalu cerewet dalam menentukan siapa yang boleh dan layak berkawan dengan anaknya.



"Saya, bukanlah ayah yang cerewet. Kalau dia (Chombi) nak berkahwin awal sekali pun nanti, saya tak akan halang dan tiada syarat apa pun. Yang penting, orangnya baik dan boleh pimpin dia," katanya.

Berbicara mengenai kerjasama dengan anaknya, Harry berkata, ia sangat mudah tetapi dia tidak boleh nak cepat marah.

Katanya, Chombi berjiwa lembut dan sensitif, jadi kalau nak menegur kesilapannya kena cakap baik-baik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanihan16 15-11-2022 11:49 AM
betapa old fashionnya lah i sebab sentiasa rasa rimas dgn ejaan2 mcm sayunk, kuad, aq, dan semua yg setara ejaan bbnu tu
Quote likilu 15-11-2022 11:50 AM
Dulu ingat wife dia
Quote gideoncross 15-11-2022 11:53 AM
Muka klau cntik, makpak pun x sbar nak tngok ank khwin.
Quote Cyempaka 15-11-2022 11:55 AM
Ya Tuhan.. Aku xpernah sangka dia 15tahun
Quote matchstick 15-11-2022 11:57 AM
muka dan gaya mcm org umur 30 dh..
Quote black_handbag 15-11-2022 12:03 PM
15 tahun dah gini punya lawa dan mekap mampan. tak suka dia menyanyi sbb suara meleweh leweh macam takde perasaan
Quote esbok 15-11-2022 12:11 PM
15?! oemji
Quote yondu 15-11-2022 12:14 PM
suaranya tak sedap.elok lg suara ayda jebat..bdnnya terlmpau matang ye utk bdk 15 taun.ke bdk2 skg mmg muka tua dr usia
Quote Cintakapuri 15-11-2022 12:17 PM
Laaaa ingatkan dah 20+
#doneageshaming
Quote jlo 15-11-2022 12:18 PM
la muda lagi...matang muka dia
Quote pembacagosip 15-11-2022 12:24 PM
hanihan16 replied at 15-11-2022 11:49 AM
betapa old fashionnya lah i sebab sentiasa rasa rimas dgn ejaan2 mcm sayunk, kuad, aq, dan semua yg  ...

kan wei mungkin kita ni pencinta bahasa
Quote missyL 15-11-2022 12:40 PM
Elok jgk kawen awal
Tp jgn nti xpuas enjoy dah la

Btw lagu die xah cecah 7.4 juta view ye smlm
Iols ade lah tlg dlm 1000 views hahahahaah
Quote ctkusiam 15-11-2022 12:47 PM
Aku geli lagu ni hahhaha sayunk i love u.. adui
Quote clarizsa 15-11-2022 01:03 PM
Budak baru umur 15 , seram i bila laki2 dewasa dok bg pickup line kat budak ni
Tapi mmg rupa dia dewasa sbb awal2 i ingatkan umur dia dah 25 ke atas cmtu
Wpun normal kawin awal tapi xyahla lagiii
At least umur 20 ke atas la sesuai
Baru nak menapak naik tu
Quote AWEKSAMURAI 15-11-2022 01:05 PM
15 tahun?? Ingat dh beranak 3
Quote newyork 15-11-2022 01:05 PM
Lah 15 ka..ingat 20 lebih..awatla budak2 zaman skrg muka tua aa..
Quote Nenolen 15-11-2022 01:09 PM
dah tgk video nyanyian dia kat ytube…sorry dik Chombi…acik tak leh go…lagu leman tahap 7 petala langit…
Quote gideoncross 15-11-2022 01:47 PM
hanihan16 replied at 15-11-2022 11:49 AM
betapa old fashionnya lah i sebab sentiasa rasa rimas dgn ejaan2 mcm sayunk, kuad, aq, dan semua yg  ...

Tu blum lgi yg "Saia ta kuad awaa", apoooo.
Quote bulalof 15-11-2022 02:41 PM
eeuueeewww....sampai nak kena 'jual' anak...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.051719 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top